Minit Mesyuarat RBA : Ini Yang Bank Pusat Mahukan!

1,123

Berdasarkan pernyataan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) yang diterbitkan awal sesi Asia, bank pusat percaya sokongan monetari yang sangat signifikan akan diperlukan untuk beberapa waktu untuk mencapai sasaran inflasi dan pengangguran.

RBA menyatakan program pembelian bon dan pengurangan kadar faedah telah menyumbang kepada kadar pertukaran lebih rendah daripada yang lain. Susulan itu, masih terlalu awal bagi mempertimbangkan untuk menarik balik rangsangan monetari.

Menurut minit mesyuarat yang diterbitkan, para penggubal dasar RBA menyimpulkan bahawa sokongan monetari sangat penting dan diperlukan untuk beberapa waktu dan memakan masa bertahun-tahun dalam mencapai matlamat bank pusat.

RBA juga meramalkan bahawa inflasi tidak akan mencapai sasaran 2% pada pertengahan tahun 2023, sebab utama kenapa ia tidak menjangkakan akan mula menaikkan kadar faedah sehingga 2024.

Selain itu, penggubal dasar RBA turut menyatakan bahawa sekiranya mereka menamatkan pembelian bon lebih awal, ia akan memberi tekanan berterusan ke atas matawang dolar Aussie.

Dalam pada itu, bank pusat sedang memantau kesan dasar mudah terhadap ekonomi dan mengatakan terdapat sedikit tanda-tanda kemerosotan dalam standard pinjaman pada ketika ini.

Pada awal bulan ini, RBA mengumumkan bahawa ia akan memperluaskan program pembelian bonnya dengan tambahan sebanyak AU$100 bilion dan mengekalkan kadar faedah di tahap terendah 0.10%.

Walaupun kenyataan RBA ini dilihat dovish, namun dagangan dolar Aussie kelihat tidak goyah dan masih meneruskan peningkatan menghampiri paras ketinggian satu bulan berbanding USD pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat