Minit Mesyuarat RBA: Keadaan Pasaran Perumahan Perlu Di Teliti

64

Sambutan hangat terhadap pasaran perumahan di Autralia menyebabkan pembuat polisi, Reserve Bank of Australia (RBA) akan sentiasa meneliti dan mengawasi dengan lebih ketat selepas minit mesyuarat RBA 1 Ogos hari ini melaporkan penyata imbangan isi rumah semakin meningkat.

Walaupun banyak petanda menunjukkan keadaan pasaran perumahan stabil dengan harga rumah yang meningkat pesat di Sydney dan Melbourne, namun keseluruhan pertumbuhan kredit perumahan semakin meliputi pendapatan isi rumah yang bergerak perlahan.

RBA telah mengekalkan tren kadar faedahnya yang rendah diparas 1.5% sejak Ogos 2016.

Bank pusat mula merasakan tekanan untuk mengubah kadar faedahnya lebih awal, terutamanya selepas harga rumah di kawasan bandar seperti Sydney dan Melbourne meningkat dengan cepat. Di tambah pula dengan inflasi yang masih di bawah paras sasaran dan kenaikan gaii yang bergerak perlahan.

Pada bulan lepas, Gabenor RBA, Philip Lowe berkata kepada Anika Foundation Luncheon di Sydney, “kenaikan gaji yang perlahan telah memberi cabaran kepada bank pusat”.

Matawang Aussie yang menguat berbanding dolar telah naik ke pasar 0.8 USD pada bulan Julai lepas kemudian susut beberapa minggu seterusnya. AUD/USD kini di paras 0.7868 dengan kenaikan sebanyak 0.19% pada sesi Asia hari Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat