Minit Mesyuarat RBA – Prospek Ekonomi Australia Akan Dinilai Semula Pada Februari 2020

252

Mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada awal Disember lalu, menyaksikan kadar faedah dikekalkan tidak berubah pada paras 0.75% dengan andaian bahawa bank pusat itu tidak akan melakukan pelonggaran monetari dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, menerusi minit mesyuarat yang baru diterbitkan, ahli mesyuarat dikatakan bersetuju untuk menilai semula prospek ekonomi pada mesyuarat Februari 2020, menimbulkan jangkaan pasaran bahawa RBA membuka peluang pelonggaran selanjutnya dalam mesyuarat itu.

Susulan daripada itu, matawang dolar Australia diniagakan menyusut berbanding US dolar pada sesi Asia, berikutan jangkaan bank pusat itu akan menurunkan kadar faedah kepada 0.50% pada Februari depan.

Pertumbuhan ekonomi dan kadar pengangguran didapati kekal selari dengan unjuran, tetapi ahli mesyuarat juga bersetuju bahawa ia boleh berlaku jika terdapat kemerosotan dalam unjuran ekonomi dan pekerjaan.

Bank pusat itu terus mengulangi kesediaannya untuk pelonggaran selanjutnya dalam usaha untuk meningkatkan pengambilan pekerja dan pelaburan serta menghidupkan semula ekonomi yang perlahan sejak pertengahan tahun lepas.

Selain itu, RBA turut menyatakan kebimbangannya terhadap pertumbuhan upah semasa yang tidak cukup kuat untuk mencapai sasaran inflasi dan penggunaan disebabkan oleh pertumbuhan yang rendah dalam pendapatan isi rumah.

Pengurangan kadar faedah yang dilakukan dengan menurunkan hasil bon dan bayaran gadai janji, oleh itu pengguna yang berhutang mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum meningkatkan perbelanjaan penggunaan mereka sebagai tindak alas kepada penurunan dalam pembayaran faedah gadai janji mereka.

RBA juga menyedari bahawa impak negatif terhadap sentimen daripada penetapan kadar faedah yang lebih rendah, tetapi mereka menilai bahawa kesan ini tidak akan menjejaskan rangsangan kepada ekonomi.

Pada mesyuarat RBA Disember, ahli mesyuarat telah menyimpulkan untuk mengekalkan kadar faedah pada paras 0.75% dengan menyatakan akan menilai semula prospek ekonomi pada Februari 2020 apabila Bank menyediakan unjuran yang dikemaskini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat