Minit RBA: Bank Pusat Sedia Perlahankan Kenaikan Kadar Faedah?

135

Menghiasi dagangan sesi Asia pada Selasa adalah terbitan laporan minit mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) untuk bulan September yang telah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 2.35%.

Berikut merupakan beberapa butiran mengenai pandangan pembuat dasar mengenai polisi semasa yang didedahkan dalam minit tersebut:

  • Semua pembuat dasar melihat kes untuk kadar kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan seiring dengan tahap kadar tunai yang meningkat.
  • Inflasi Australia berada paras tertinggi dua dekad dan dijangka terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang sebelum memuncak pada akhir tahun ini.
  • Pembuat dasar komited untuk melakukan apa yang perlu bagi memastikan inflasi di Australia kembali kepada sasaran dari semasa ke semasa.
  • RBA akui bahawa jalan untuk kembali ke sasaran perlu mengambil kira risiko kepada pertumbuhan dan pekerjaan.
  • Pasaran buruh kekal kukuh dan terus menunjukkan ekonomi berdepan kesukaran untuk memenuhi  tahap permintaan agregat.
  • Bank pusat menjangkakan akan meningkatkan lagi kadar faedah dalam beberapa bulan akan datang, tetapi tidak mengikut laluan yang ditetapkan.
  • Para pembuat dasar berhujah dalam membincangkan kenaikan kadar faedah sama ada 25 mata atau 50 mata asas.

Tuntasnya, RBA dilihat akan meneruskan kenaikan kadar faedah tetapi mungkin dengan kadar kenaikan yang lebih perlahan.

Meskipun begitu, penganalisis masih melihat bahawa bank pusat itu akan meneruskan peningkatan 50 mata asas pada mesyuarat Oktober, memetik keterangan Gabenor Philip Lowe yang mencadangkan kebimbangan berterusan mengenai tekanan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat