Minyak Mentah Global Menjunam Sekali Lagi Dalam Sesi Rabu, Kali Ini Lebih Besar

58

Harga minyak mentah jatuh lebih 5% pada sesi dagangan Rabu berikutan penambahan stok minyak AS sembilan minggu berturut-turut. Harga merekodkan kejatuhan 5% setakat pada masa artikel ini ditulis pukul empat pagi tadi.

Harga minyak meleset ke paras terendah lapan minggu yang lalu selepas Agensi Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan jumlah penambahan stok yang begitu besar bagi minggu berakhir 03 Mac 2017.

Harga minyak WTI (west texas intermediate) jatuh $2.86 dan kini berada di paras $50.58 setong, manakala minyak Brent (Brent-oil) yang didagang di London Intercontinental Exchange susut sebanyak $2.89 ke paras sekitar $53.03 setong.

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 8.20 juta tong pada minggu berakhir 03 Mac berbanding 1.50 juta tong yang dicatatkan sebelum itu.

Jangkaan kepada data kali ini ialah kenaikan 1.1 juta tong yang jauh lebih rendah dari bacaan sebenar. Jumlah inventori berada 7.7% melebihi stok tahun lalu di paras 528.4 juta.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Kenaikan stok minyak AS sembilan minggu berturut-turut ini menambah kepada kebimbangan lambakan bekalan yang mampu mengurangkan kesan pemotongan oleh OPEC sekaligus mengimbangi semula pasaran ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat