Minyak Mentah Kembali Mendaki Selepas Rugi Hampir 30%!

242

Harga minyak memaparkan kenaikan pertama selepas mengalami kejatuhan dua hari berturut-turut yang menyaksikan dagangan WTI Amerika Syarikat jatuh di bawah paras harga $100 setong pada Selasa.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada sekitar harga $103 setong setelah meningkat 4.5% pada sesi dagangan hari ini. Sementara WTI Amerika Syarikat pula menokok 3.9% ke sekitar harga $98.90 setong.

Kedua-dua penanda aras itu sebelum ini susut ketara sehingga hampir 30% daripada puncak tertinggi yang dicapainya minggu lalu, di mana Brent menyentuh paras harga $139 setong.

Namun, disebabkan terdapat harapan yang meningkat untuk Rusia dan Ukraine mencapai penyelesaian diplomatik dari rundingan damai mereka yang optimis meskipun Moscow masih meneruskan serangannya di Kiev.

Selain itu, harga turut ditekan oleh kebimbangan mengenai permintaan dari China yang perlahan berikutan gelombang baharu Covid-19 telah mencetuskan langkah penutupan di beberapa bandar utama.

Bagaimanapun, dagangan minyak kembali mencatat sedikit kenaikan pada Rabu ketika pelabur meningkatkan permintaan terhadap aset berisiko dan penyusutan USD menjelang mesyuarat polisi FOMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat