Minyak Mentah Kembali Stabil, Minggu Terbaik Sepanjang 2 Bulan!

149

Harga minyak mentah susut sedikit pada pembukaan Jumaat apabila pasaran menilai kesan kadar faedah AS yang kekal tinggi daripada jangkaan. Namun, penanda arasnya menuju ke minggu terbaik dalam tempoh lebih dua bulan selepas unjuran permintaan naik untuk sumber tenaga.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 42 sen (0.5%) pada $82.33 per tong dan West Texas Intermediate (WTI) AS kehilangan 51 sen (0.7%) pada $78.11 per tong.

Walau bagaimanapun, Brent dan WTI mencatat kenaikan lebih 3% pada minggu ini.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kekal pada ramalan pertumbuhan yang agak kukuh dalam permintaan minyak global sepanjang 2024 dan Goldman Sachs meramalkan permintaan bahan api AS kukuh pada musim panas ini.

Sentimen ini membantu memulihkan kerugian pada minggu sebelumnya yang disebabkan oleh perjanjian OPEC bersama sekutunya (OPEC+) untuk laksanakan pemotongan pengeluaran.

Kenaikan harga pada minggu ini kembali reda selepas Federal Reserve (Fed) dijangka mengekalkan kadar faedah yang tingginya dan menolak untuk melaksanakan pelonggaran dasarnya dalam masa terdekat.

Sementara itu, Agensi Tenaga Antarabangsa berkata dalam satu laporan pada hari Rabu ia melihat permintaan minyak memuncak menjelang 2029 mendatar sekitar 106 juta tong sehari menjelang akhir dekad.

Pada sisi negatifnya, kebimbangan terhadap unjuran ekonomi meningkat selepas pandangan Fed mengenai penurunan kadarnya dan menyokong kedudukan dolar AS. Ini juga akan menyokong kedudukan Brent untuk positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat