Minyak Mentah Kembali Suram!

231

Komoditi hitam bergerak suram pada sesi dagangan Rabu di tengah kebimbangan yang meningkat bahawa pentadbiran Biden akan mengambil langkah untuk mengurangkan harga minyak.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan susut pada sekitar harga $81.60 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula bergerak lemah pada $78.95 setong.

Kejatuhan stok petrol Amerika Syarikat telah menimbulkan kebimbangan pasaran bahawa pentadbiran Biden mungkin menggunakan rizab kecemasannya untuk mengatasi kenaikan harga petrol.

Dalam konteks permintaan dan penawaran, apabila bekalan stok bahan bakar merosot dan permintaan pula meningkat, ia akan memaksa pengeluar untuk menaikkan harga bagi menstabilkan pasaran.

Namun, peningkatan harga yang ketara boleh mendorong kepada inflasi yang tinggi dan ini tidak bagus untuk pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu, data dari Institut Petroleum Amerika (API) juga menyaksikan bekalan minyak mentah AS meningkat sebanyak 655,000 tong pada minggu lalu.

Walaupun bacaan yang dicatatkan lebih baik dari jangkaan, tetapi minyak mentah gagal untuk memanfaatkannya kerana turut terkesan dengan pengukuhan US dolar yang menjadikan komoditi itu lebih mahal kepada pemegang matawang utama lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat