Minyak Mentah Makin Ganas Dengan Lonjakan Lebih 2%

223

Dagangan emas hitam tampaknya tidak gentar untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi pada minggu ini walaupun terdapat ketidakpastian mengenai wabak Covid-19 yang terus mencatat peningkatan di seluruh dunia.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat berjaya menakluki semula paras harga $75 setong, meletakkan penanda arasnya di paras ketinggian hampir satu bulan pada sesi dagangan Selasa.

Sementara dagangan minyak Brent pula didagangkan kukuh pada sekitar harga $78 setong, tahap tertinggi yang dicapainya sejak November.

Pengukuhan ini menyusuli lonjakan lebih 2% yang dicatatkan oleh kedua-dua penanda aras pada sesi sebelum ini.

Ketika peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia terus dicatatkan disebabkan varian Omicron yang mudah merebak, pelabur sebaliknya meneruskan dagangan buat komoditi hitam ini.

Hal ini mungkin disebabkan pelabur kurang bimbang mengenai tahap keseriusan varian tersebut berbanding Delta yang membawa ancaman lebih besar, dan pasaran juga lebih menfokuskan kepada pemulihan ekonomi yang akan membawa kepada peningkatan dalam permintaan minyak mentah.

Harga minyak telah meningkat lebih 50% tahun ini, disokong oleh pemulihan permintaan dan pemotongan bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, OPEC+.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat