Minyak Mentah Tidak Bertenaga Untuk Teruskan Kenaikan

295

Minyak mentah mempamerkan penyusutan pada sesi dagangan Jumaat berikutan lonjakan kes Covid-19 varian Omicron yang telah menimbulkan kebimbangan terhadap pengenaan semula sekatan baharu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan susut 0.9% kepada $74.34 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula turun 1% kepada $71.67 setong.

Kesuraman pasaran minyak mentah kembali selepas menyaksikan peningkatan mendadak jumlah kes Omicron baharu di beberapa negara, terutamanya di UK, Denmark dan Afrika Selatan.

Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen telah memberi amaran pada hari Khamis bahawa kerajaan mungkin mengenakan sekatan untuk membendung penularan Omicron yang lebih luas.

Sementara itu di Amerika Syarikat, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio (gambar) dan penasihat kesihatan kanannya, Dr Jay Varma, mengumumkan bahawa bandar itu akan mengenakan langkah baharu dalam usaha untuk membendung varian Omicron.

Hal ini menyebabkan pasaran kembali bimbang sekiranya lebih banyak sekatan dilaksanakan, permintaan terhadap bahan bakar global akan terjejas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat