Misi BRICS ‘De-dollarization’ Makin Sempurna, AS Dalam Ancaman Besar!

540

Kumpulan negara ekonomi gergasi dunia, BRICS yang kini dalam usaha untuk mengatasi USD semakin menemui kesempurnaan apabila beberapa negara lain secara sukarela untuk bekerjasama.

Menurut laporan TASS, agensi berita itu berkata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata negara-negara BRICS sedang membangunkan platform pembayaran tanpa menggunakan dolar AS.

Inisiatif itu dibangkitkan semasa sidang kemuncak negara-negara BRICS di Johannesburg 2023 di mana ahli-ahli utama seperti Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan menyeru lebih banyak perdagangan negara asing berurusan dengan mata wang negara mereka.

Lavrov berkata bahawa platform itu akan menambah baik sistem monetari antarabangsa dan membenarkan pembayaran dalam mata wang negara masing-masing.

Rusia kini dalam proses memindahkan rakan dagangannya daripada menggunakan dolar kerana mereka menghadapi sekatan besar-besaran oleh AS. Namun, platform itu masih belum matang dan terhad ke atas negara-negara tertentu sahaja.

Sebelum ini, Presiden Rusia Putin menggandakan gesaannya untuk menghentikan penggunaan dolar AS dan mata wang ‘toksik’ lain.

Sistem pembayaran BRICS baharu datang dalam bentuk sistem mata wang digital yang membolehkan bank-bank pusat berurusan dengan transaksi mata wang tempatan secara langsung.

Walau bagaimanapun, dominasi mata wang dolar AS yang terlalu kukuh dalam sistem kewangan dunia telah menimbulkan beberapa pandangan pakar bahawa platform itu bakal tumbang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat