Misi Selamatkan TRON, Justin Sun Suntik Dana Lebih $700 Juta!

1,064

Dalam usaha untuk mendorong prestasi TRON (TRX) di tengah-tengah pasca kemalangan Terra LUNA, harga TRON (TRX) tetap mengalami penurunan dengan turun lebih 16% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Untuk mempertahankan dan membina sokongan, Justin Sun, telah merancang untuk menggunakan lebih $2 bilion dana dalam proses tersebut.

Dengan stablecoin USDD kehilangan tambatannya untuk seketika, Tron menggunakan $700 juta dana bagi membantu stablecoin tersebut demi mengekalkan tambatan dengan US dolar.

Justin Sun dalam catatan Twitter menekankan bahawa kadar pembiayaan telah mendorong penjualan TRX di platform dagangan kripto terbesar, Binance yang mempunyai ARP sekitar 500%. yang diumumkan itu akan membantu mengatasi perkara tersebut. Ia menambah bahawa kadar cagarannya adalah hampir 300%. Dalam kemas kini lain, ia menyebut bahawa DAO telah menambah 100 juta USDC kepada Binance untuk membeli lebih banyak TRX.

Mikko Ohtamaa, Pengasas Bersama di Trading protocol, bahawa sistem pertahanan de-pegging yang serupa tidak berjaya menyelamatkan UST Terra pada tempoh hari. Hal ini tentulah merangkumi penyelewengan yang berlaku di sebalik projek tersebut dimana ia kini disiasat oleh SEC.

Nilai USDD stablecoin telah sebulan dipisahkan daripada nilai dolar. Ia turun sekitar 2% dengan didagangkan pada $0.982 sepanjang 24 jam yang lalu. USDD telah mampu berkembang dalam keadaan pasaran yang sangat tidak menentu. Walau bagaimanapun, kejatuhan TerraClassicUSD telah mewujudkan jurang yang besar dalam pasaran kripto. Jumlah peredaran pasaran USDD kini telah melepasi paras 723 juta.

Terdahulu, Sun berkata bahawa rizab mereka secara aktif membeli lebih banyak kripto dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini. Tambah beliau, beliau akan menambah rizab ke ‘alamat awam’ apabila pasaran telah mula stabil. Baru-baru ini TRON DAO membeli Bitcoin dan TRK bernilai $50 juta untuk simpanan rizab.

TRX didagangkan pada harga purata $0.06322 semasa penulisan. Harga Tron telah mencatatkan kejatuhan sebanyak 26% dalam tempoh 7 hari yang lalu. Jumlah nilai terkunci (TVL) TRON juga telah menurun sebanyak lebih 25% dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat