Misteri Kebocoran Nord Stream, Adakah Ini Angkara Rusia?

337

Kebocoran saluran paip gas Nord Stream tampaknya telah mencetuskan ketegangan baharu antara Rusia dan Kesatuan Eropah (EU) yang dikatakan mempunyai unsur sabotaj.

Walaupun, masih belum jelas siapa yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini, tetapi Ukraine menuduh Rusia merupakan dalang kepada kebocoran tersebut.

Penasihat presiden Ukraine, Mykhaylo Podolyak berkata kerosakan pada Nord Stream 1 dan 2 adalah tindakan pencerobohan terhadap EU, mengatakan Rusia sengaja mahu mencetuskan panik sebelum musim sejuk.

Difahamkan insiden tersebut berlaku pada Isnin, di mana kebocoran gas dari Nord Stream 2 telah dikesan manakala dua kebocoran berasingan dalam Nord Stream 1 pula ditemui pada Selasa. Ahli seismologi melaporkan letupan di bawah air sebelum kebocoran itu muncul.

Kebocoran berlaku di perairan antarabangsa, tetapi dalam zon ekonomi Denmark dan Sweden. Kedua-dua saluran paip tidak beroperasi pada masa kejadian itu, tetapi ia akan menjejaskan prospek untuk Eropah menerima gas sebelum musim sejuk.

Ursula von der Leyen, Ketua Suruhanjaya Eropah berkata insiden tersebut disebabkan oleh sabotaj dan memberi amaran tentang tindak balas yang paling kuat sekiranya infrastruktur tenaga Eropah diserang.

Sementara itu, Rusia juga tidak menolak kemungkinan ia adalah berpunca daripada sabotaj dan kejadian itu menjejaskan keselamatan tenaga di benua itu.

Berita ini meningkatkan lagi kebimbangan pasaran terhadap peningkatan ketegangan antara EU dan Rusia dan memberi tekanan menurun buat mata wang euro untuk susut di paras terendah 20 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat