Modal Pelaburan Paling Ideal Untuk Anda Mula Buat Untung di Bursa Malaysia

5,834

Saya selalu menerima pertanyaan ini, “Tuan, berapa modal yang perlu ada dalam pelaburan saham ini?” Soalan ini sangat subjektif untuk dijawab, namun saya akan cuba menjawab persoalan ini mengikut perspektif saya.

 

Objektif pelaburan

Sebagai pelabur kita mesti tahu apa objektif kita untuk melabur dalam pasaran saham. Ada yang mahu peroleh untung dalam “short term trading” iaitu dalam tempoh masa pendek seperti sehari ke lima hari, ada juga melalui “capital gain” atau ada juga yang mahu dividen dari keuntungan syarikat, atau ada yang mahu kedua-duanya.

 

Modal

Modal yang di perlukan sebenarnya boleh pergi serendah nilai 1 lot iaitu 100 units darab dengan harga saham. Contoh jika harga saham yang ingin di beli berharga RM 1.00 x 100 units nilai pelaburan ialah RM 100. Namun pelabur perlu mengambil kira lain-lain kos pelaburan seperti ‘brokerage bank’, ‘clearing fees’ dan ‘stamp duty’ sebagai kos tambahan belian. (Ini akan di ceritakan dalam topik lain). Jadi kiraan breakeven adalah amat penting dan minima belian unit perlu di rancang rapi untuk mendapat target keuntungan.

 

Gunakan duit lebihan

Jangan gunakan duit kegunaan harian dan bulanan. GUNAKAN DUIT LEBIHAN SIMPANAN. Juga jangan buat loan bank hanya untuk melabur. Ini kerana pelaburan saham melibatkan risiko kerugian modal. Jika anda rugi dalam melabur, paling tidak anda masih mempunyai wang untuk hidup seperti biasa.

Contoh senario dagangan di Bursa Malaysia.

Dalam pelaburan saham anda boleh bermula dengan 100 unit untuk setiap saham kali dengan harga saham tersebut.

1 lot = 100 unit

Sebagai contoh anda nak beli 100 unit @ 1 lot saham berharga RM 1.00. Jadi kos nya,

Modal:

  1. Nilai stok; 100 unit x RM1.00= RM 100 (Total = RM100)
  2. Brokerage= RM 100 x 0.42% (online) = RM 0.42 tapi minima RM 28. Jadi yuran brokerage RM 28. (Brokerage = RM 28)

Setiap broker mempunyai rate brokerage yang berlainan. Nilai yang berlainan ini bergantung kepada servis yang ditawarkan.

Yang murah tidak semestinya bagus dan yang mahal ada juga yang baik. Objektif pelabur hanya satu iaitu ingin memperoleh keuntungan dari pelaburan.

  1. Clearing (yuran penjelasan bursa); 0.03% x RM 100 = RM 0.03. (Clearing fee = RM0.03)
  2. Duti Setem; RM1 untuk setiap nilai RM1000 Total= RM1

Jumlah belian keseluruhan= RM100 + RM28 + RM0.03 + RM1 = RM128.03

 

Ok. Nampak murah kan? Tapi mengikut data di atas yuran pelaburan anda sudah melebihi RM20 iaitu 20% dari modal anda.

Jadi pada harga berapakah untuk kita mendapat untung jika membeli saham dengan nilai serendah 100 unit atau 1 lot ini? Anda juga perlu kira waktu anda menjual saham anda akan dikenakan yuran.

Contoh harga saham naik selepas 4 tahun kemudian harga jadi RM2.00.

Kos jualan,

  1. Nilai stok; 100 unit x RM2 = RM200 (Total RM200)
  1. Brokerage = RM200 x 0.42% (online) = RM8.40. Minima RM28. (Brokerage= RM28)
  1. Clearing = RM200 x 0.03% = RM0.06 (Clearing= RM0.06)
  1. Duti stamp RM 1 untuk nilai RM1000. (Total= RM1)

Jumlah jualan keseluruhan = RM200 – RM28 – RM0.06 – RM1 = RM170.94

Untung anda; harga jual – harga beli. (RM170.94 – RM128.03 = RM42.91)

Anda bayangkan dengan nilai belian 100 unit saham pada harga RM1 anda perlu kenaikkan harga 100% untuk mendapat untung RM42.91.

Adakah berbaloi dengan belian 100 unit ini?

Memanglah boleh bermula dengan 1 lot iaitu 100 unit, namun tidak berbaloi keuntungannya. Lagi satu kebarangkalian saham untuk naik 100% dalam tempoh satu tahun adalah minima dan stok terpilih sahaja boleh terbang dengan kadar begini.

Jadi janganlah terpengaruh anda boleh mula melabur dengan 100 units dan serendah RM 300 contohnya. Boleh, jika anda betul-betul mahu kumpul saham tersebut setiap bulan contohnya.

Jadi pada pendapat saya bermula dengan 100 units atau 1 lot tidak berbaloi.

Jadi jangan lah bermula dengan modal terlalu kecil.

Kalau ada orang beritahu anda kita boleh bermula melabur saham dengan 1 lot ya memang betul tapi anda kena kira juga lain-lain kos dan pada harga berapa anda perlu jual untuk mendapat keuntungan.

Kalau anda ada modal bawah RM1000. Boleh kah anda bermula? Ya, boleh.

Ada 2 pilihan di sini.

Risiko minima,

  1. Beli saham IPO melalui online banking/ATM atau melalui saham MITI untuk bumiputra.
  2. Pasaran terbuka; Cadangan saya, Cari satu stok yang anda boleh beli sekurangnya 4000 unit.

RM1000 ÷ 4000 = RM 0.25

Jadi, harga stok bawah RM 0.25 sesuai dengan modal pelaburan bawah RM1000.

Makna, dengan kenaikkan kasar 1 sen anda untung RM40. Bukan tak boleh beli stok harga RM0.25 ke atas, cumanya dengan modal RM1000 ke bawah agak tidak sesuai lah. Sebabnya anda dapat beli dengan unit yang kecil, jadi anda perlu kan kenaikkan yang banyak untuk mendapat keuntungan.

Dalam Bursa Malaysia untuk mencari kaunter yang naik banyak dalam tempoh masa singkat bukan mudah.

Namun harga saham murah ini atau gelarannya (penny stock) kebanyakkannya data fundamental saham tersebut tidak berapa baik dan untuk harganya naik perlukan masa.

Saham jajaran ini juga mudah dimanipulasi oleh pelabur besar atau sindiket. Namun dengan harga yang murah contoh harga saham 0.10, dengan kenaikkan 1 sen anda sudah untung 10% sama juga jika harga saham tersebut jatuh 1 sen anda rugi 10%.

Modal RM1000 ke RM10000

Modal sebegini anda ada pilihan untuk melabur.

  1. Anda masih boleh saham IPO
  2. Anda boleh melabur di pasaran terbuka dengan kaunter pilihan harga yang bervariasi dan unit yang lebih banyak.

Jadi cadangan saya boleh lah beli stok yang mahal sikit atau stok leader dalam industri nya. Kerana stok mahal ni selalunya berprestasi tinggi. Kalau boleh jangan pegang hanya dalam 2 stok dalam 2 sektor sahaja.

 

RM 10000 ke atas.

Modal banyak ni sedap lah sikit nak beli pelbagai stok dalam pelbagai sektor. Boleh beli minima 10000 unit dalam stok kerana naik 1 sen anda boleh untung RM 100. Juga boleh mencari-cari stok berpotensi atas RM 1.00.

 

RM100000 ke atas.

Ini memang sedap sebab anda boleh membahagikan portfolio saham anda kepada beberapa jenis stok dan sektor seperti dividen stok, growth stok dan penny stok.

Kembali kepada objektif pelaburan bersama modal. Di sini anda perlu sasarkan sekurangnya anda boleh membuat keuntungan 20% ke atas setahun dari modal awal. Baru berbaloi.
.
.

ANDA MAHUKAN TEMPLATE KIRAAN TRANSAKSI KOS DALAM BENTUK EXCEL SECARA PERCUMA?

KONGSIKAN ARTIKEL INI DI FACEBOOK ANDA DAN WHATSAPP 0126107074 DENGAN KOD ‘TEMPLATE’ DAN BERIKAN EMAIL SEKALI. SAYA AKAN HANTAR KEPADA ANDA TEMPLATE TRANSAKSI BERBENTUK EXCEL SECARA PERCUMA DI EMEL ANDA.

P/S: Jika anda berminat untuk membuka akaun saham, anda boleh menghubungi sayabdi facebook untuk bantuan pembukaan akaun saham di Maybank Investment Bank Dataran Bangsar. Saya merupakan seorang Remisier saham yang bertauliah disini. Tuan/puan boleh follow Facebook saya di sini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat