Moderna Lebih Advanced! Nantikan Vaksin Covid-19 Di Pasaran Global

1,199

Moderna sedang bersiap sedia untuk melancarkan vaksin Covid-19 yang berpotensinya secara global ketika ia menerima $1.1 trilion deposit daripada beberapa negara di seluruh dunia, kata firma itu pada Khamis dalam laporan pendapat suku ketiganya.

Syarikat yang berpusat di Massachusetts, Cambridge mengatakan bahawa pihaknya sedang dalam perbincangan dengan inisiatif COVAX yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai cadangan harga untuk vaksin yang berpontesinya, yang dinamakan sebagai mRNA-1273.

Ia dikatakan sudah mempunyai perjanjian pembekalan di Amerika Utara, Timur Tengah dan juga beberapa negara lain.

Saham Moderna melonjak lebih 3% susulan laporan tersebut.

Moderna, antara pelopor utama dalam perlumbaan vaksin Covid-19 mengatakan minggu lalu bahawa ia telah menyelesaikan pendaftaran untuk percubaan peringkat akhir yang melibatkan 30,000 peserta.

Sehingga minggu lalu, lebih daripada 25,650 peserta telah menerima dua dos vaksin Covid-19 kedua daripada syarikat tersebut.

Moderna mengatakan kira-kira 37% peserta berasal dari pelbagai komuniti dan 42% berisiko tinggi iaitu yang menghidap penyakit kronik

Lebih daripada separuh, 53%, peserta percubaan adalah lelaki dan 47% wanita, di mana sebilangan besar peserta berusia lebih dari 25 tahun, dengan hanya 5% dalam kumpulan umur 18 hingga 24 tahun.

CEO Moderna, Stephane Bancel mengatakan syarikat menjangkakan lembaga pemantau data dan keselamatan, yang akan menilai sama ada percubaan itu berjaya, akan melakukan analisis sementara pertama pada bulan November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat