Momentum Gagal Dikekalkan, Saham Global Kembali Tumbang

2,231

Dasar bank pusat diseluruh dunia yang lebih agresif dalam membendung inflasi kembali menyelubungi sentimen kebimbangan pelabur.

Hasilnya, pasaran ekuiti global merosot dan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) melonjak, menamatkan rali pada hari sebelumnya.

Di pasaran Wall Street, indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 3.12%, S&P 500 hilang 3.56% dan Nasdaq Composite susut 4.99%, penurunan harian terbesar sejak Jun 2020.

Tindakan Bank of England (BOE) yang menaikkan kadar lebih awal di London ekoran kebimbangan terhadap kemelesetan telah merencatkan keghairahan pelabur yang bertaruh kepada komen Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell.

Komen Powell semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), yang menyatakan bahawa pegawainya tidak mempertimbangkan kenaikan 75 mata asas telah mengundang reaksi menarik para pelabur semalam.

Berkait dengan tindakan BOE itu, Pound Britain dan hasil bon kerajaannya susut.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah jatuh 0.70% selepas dibuka sedikit tinggi pad 1.84.

Prestasi tolok saham global MSCI susut 2.55% apabila ia jatuh ke paras terendah sejak Mac 2021, penanda aras global turun sebanyak 14% setakat ini.

Ekoran itu, hasil pada nota Perbendaharaan 10 tahun naik 12.2 mata asas pada 3.037%, dengan emas yang melindungi nilai inflasi canak selepas Powell menekankan risikonya kepada ekonomi daripada inflasi yang meningkat.

Menurut Anthony Saglimbene, pakar strategi pasaran global Ameriprise Financial, pasaran akan kekal tidak menentu sehingga terdapat gambaran jelas mengenai dasar kadar Fed dan trajektorinya pada akhir tahun ini.

Tambahnya, pelabur bimbang akan kemungkinan Fed bertindak lebih agresif pada separuh tahun ini dalam menaikkan kadar faedah sehingga boleh membawa ekonomi ke dalam kemelesetan, seterusnya mengeruhkan sentimen dalam pasaran.

Antara faktor lain yang turut menyumbang kepada sentimen negatif adalah penutupan Covid-19 di China dan perang di Ukraine.

Ringkasan mata wang memperlihatkan indeks dolar naik 0.946%, naik 7% secara keseluruhan pada tahun ini sementara Sterling turun 2.04% pada $1.2364 dan Euro merudum 0.7% pada $1.0547.

Niaga hadapan emas AS naik 0.4% pada $1,875.70 per auns manakala Bitcoin jatuh 8.61% pada $36,266.98.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat