Momentum Hijau Dikekalkan Bursa Buat Hari ke-2

149

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.52 mata pada 1,598.27 daripada penutupan hari Rabu pada 1,593.75.

Indeks dibuka kukuh 4.64 mata pada 1,598.39.

Ia dibuka tinggi buat hari ke-2 berturut-turut hasil dorongan berterusan aktiviti bargain-hunting semasa prestasi semalaman Wall Street bercampur.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 199 mengatasi rugi pada 147, manakala 262 kaunter pula tidak berubah, 1,665 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Jumlah perolehan pada 250.01 juta unit bernilai RM82.06 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan saham teknologi mungkin akan membalikkan keuntungan baru-baru ini ekoran prestasi Nasdaq yang lemah.

Tambahnya, pelabur turut memantau pemangkin lain seperti pembukaan semula sempadan, kenaikan harga komoditi serta pemulihan aktiviti pembinaan sebelum membuat keputusan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd tambah 2 sen pada RM8.82, RM4.67 dan RM6.57, IHH Healthcare Bhd capai 1 sen pada RM6.53 sementara Petronas Chemicals Group Bhd hilang 2 sen pada RM10.28.

Saham aktif memperlihatkan Vizione Holdings Bhd naik 1.5 sen pada 11.5 sen sementara warannya kekal pada 2.5 sen, Fitters Diversified Bhd susut 1 sen pada 13 sen, Techna-X Bhd hilang 0.5 sen 10.5 sen dan OCR Group Bhd kekal pada 13 sen.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 menambah 27.72 mata pada 11,122.01, indeks FBM Emas mengukuh 27.22 mata pada 11,477.2, indeks FBM Emas Shariah mencapai 19.27 mata pada 12,150.84, FBM 70 mencanak 19.41 mata pada 13,841.53 sementara FBM ACE mengecut 31.24 mata pada 5,778.65.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan meningkat 0.22 mata pada 215.40, indeks Perkhidmatan Kewangan 64.58 mata pada 16,642.98 dan indeks Perladangan mengumpul 33.57 mata pada 8,640.95.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat