Momentum ‘Hijau’ Saham Diteruskan Lagi Selepas Musim Cuti

124

Momentum ‘hijau’ saham dan minyak berterusan ekoran hasil jualan musim cuti Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan pelabur mengenai kerosakan ekonomi akibat varian Omicron menipis, namun, sentimen tersebut boleh menyebabkan harga emas melambung walaupun terdapat tekanan dari dolar yang kukuh.

Peningkatan kes Covid-19 telah menyebabkan syarikat penerbangan AS membatalkan dan menangguhkan ribuan penerbangan serta kerajaan Perancis mengadakan mesyuarat berkenaan sekatan perjalanan baharu , walau bagaimanapun, pelabur kekal yakin berkenaan pemulihan ekonomi menjelang tahun depan.

Satu tinjauan mendapati terdapat peningkatan ketara dalam jualan runcit semasa musim cuti AS yang telah meyakinkan pelabur sehingga menaikan tolok saham seluruh dunia sebanyak 0.87%.

Selain itu, indeks utama Wall Street mencatat keuntungan 4 sesi berturut-turut selepas laporan mengatakan varian Omicron tidak seburuk varian Covid-19 lain .

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.98% sementara S&P 500 capai 1.38% dan Nasdaq Composite tambah 1.39%.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah mencanak 0.62%.

Hasil perbendaharaan 10 AS naik 1.5%.

Dolar susut 0.026% sementara Euro naik 0.01% pada $1.1326.

Minyak mentah AS naik 3.04% pada $76.03 setong dan minyak Brent tambah 3.68% pada $78.94.

Harga emas spot bertambah 0.1% pada $1,811.92 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat