Momentum Kenaikan EUR/USD Suram, Pelabur Bersedia Untuk Situasi Penurunan Harga

494

US dolar sedikit pulih daripada kerugian dialami sebelum ini namun dilihat masih bergerak lemah bagi prestasi dagangan di awal minggu.

Pergerakan harga dalam pasaran juga kekal suram sementara pelabur berhati-hati menjelang data-data tumpuan pada Khamis seperti data inflasi Amerika Syarikat (AS) serta mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB).

Walaupun US dolar dijangka untuk melemah ekoran unjuran kadar inflasi yang susut, menantikan keputusan mesyuarat ECB dilihat menghadkan pergerakan bagi mata wang Euro sejak awal dagangan minggu ini.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga dilihat bergerak lebih mendatar dan gagal meneruskan corak kenaikan harga yang dimulakan pada Jumaat lalu selepas laporan pekerjaan NFP AS diterbitkan yang menyaksikan penyusutan semula US dolar.

Harga bergerak di sekitar paras 1.21800 pada zon tumpuan harga tersebut dan gagal mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada hari sebelumnya sekitar 1.22000.

Harga juga masih berlegar pada paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD dan masih belum memberikan isyarat jelas untuk arah pergerakan selanjutnya.

Untuk kenaikan harga yang berjaya diteruskan, zon rintangan pada 1.22500 akan menjadi sasaran utama selepas 2 minggu harga menguji zon tersebut namun masih gagal ditembusi.

Melepasi zon tersebut akan mendorong harga menuju ke paras sekitar 1.23000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 bulan.

Namun jika harga susut lebih rendah di bawah zon 1.21800-1.21500, penurunan harga dilihat akan menuju zon support sekitar 1.20900 dan bakal mengatasi paras terendah minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat