Momentum Kenaikan Harga Pada EUR/USD Semakin Lemah, Adakah Harga Akan Kembali Menjunam?

778

Matawang EURO yang berstatus anti-USD bakal mendapat kelebihan dalam pasaran berikutan kebimbangan pelabur yang berwaspada terhadap dagangan USD menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi nanti untuk menentukan kadar faedah terbaru.

Pasaran menjangkakan bahawa kadar faedah di Amerika Syarikat tidak akan dinaikkan atas faktor pertumbuhan ekonomi global yang perlahan. Pelabur meramalkan dagangan awal Khamis ini akan melihatkan kejatuhan pada nilai USD namun sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran.

Dagangan EURO berbanding USD dilihat kehilangan momentum kenaikan selepas konsisten membuat kenaikan sejak dua minggu lalu. Matawang Euro masih lagi berdepan risiko terhadap faktor fundamental yang dovish terkesan oleh risiko kegawatan ekonomi pada zon Eropah.

Bank pusat Eropah juga telah mengumumkan bakal melancarkan kempen pinjaman jangka masa panjang pada September tahun ini bertujuan untuk merancakkan kembali aktiviti pertumbuhan ekonomi.

Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, harga telah mencapai paras ketinggian semasa sekitar resistance 1.13600 pada dagangan semalam yang turut merupakan paras SBR (support become resistance).

Momentum kenaikan sebelum ini juga dilihat semakin lemah dengan pergerakan harga yang perlahan hari ini sedikit menurun dan berada rendah dari paras Magic Pivot 1.1348 setakat dagangan sesi Eropah petang ini.

Harga dilihat turun menuju ke paras support 1.1334 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini yang merupakan zon RBS (resistance become support) pada chart EUR/USD.

Jika harga terus membuat penurunan, jangkaan destinasi yang akan dituju harga adalah paa support 1.1305 (MagicS3) juga merupakan zon RBS sebelum ini dan pelabur akan menunggu reaksi harga pada paras tersebut.

Namun, jika harga membuat kenaikan mencari paras ketinggian yang baru, paras resistance 1.13700 berhampiran resistance MagicR2 bakal diuji harga dan sekiranya berjaya menembusi paras tersebut, kenaikan seterusnya boleh mencecah sehingga ke paras ketinggian terdahulu sekitar 1.14000.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk panduan tambahan bagi mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 1.1334, 1.1319, 1.1305.

Paras resistance: 1.1363, 1.1377, 1.1392.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat