Momentum Lonjakan EUR/USD Pudar, Harga Akan Susut Semula?

570

Dagangan bagi mata wang US dolar menuju ke penghujung minggu dilihat terus susut selepas mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis semalam.

Turut mendorong penyusutan buat US dolar apabila data pertumbuhan GDP Amerika Syarikat (AS) untuk suku terakhir 2020 nyata merosot seperti yang dijangkakan pasaran.

Dengan mencatatkan bacaan pada kadar 4.0% berbanding jangkaan 4.2%, ianya nyata jauh lebih rendah berbanding bacaan suku sebelumnya iaitu 33.4%.

Ini menjadi antara petunjuk proses pemulihan ekonomi di AS masih perlahan dengan aktiviti ekonomi yang masih terjejas ekoran krisis pandemik.

Meneliti carta harga bagi pasangan mata wang utama EUR/USD pada minggu ini, harga menunjukkan penurunan yang ketara pada Rabu menjelang mesyuarat FOMC namun terdapat kenaikan semula pada dagangan Khamis semalam susulan US dolar kembali bergerak lemah.

Selepas mendatar di atas paras sokongan 1.20900 harga telah melonjak 50 pips semalam ke paras sekitar 1.21400 namun dilihat bergelut untuk mengekalkan momentum kenaikan.

Pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) semula pada pergerakan 1 jam yang memberi isyarat kecenderungan untuk harga turun lebih rendah.

Sementara bagi mata wang Euro, pelabur akan turut berwaspada menjelang data-data ekonomi Eropah dengan tumpuan utama terhadap laporan KDNK suku terakhir 2020 di Jerman.

Jika bacaan data mengecewakan buat Euro, harga berkemungkinan jatuh lebih rendah untuk penutup dagangan minggu ini.

Penurunan harga akan kembali menguji paras sokongan 1.20900 sebelum harga yang susut lebih rendah akan menuju semula ke zon support tumpuan 1.20000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak, zon tumpuan pada minggu-minggu sebelum ini sekitar 1.21500-1.21800 akan diuji semula harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat