Momentum ‘Meliar’ Pasaran Saham Global Diteruskan Buat Hari Ketiga

225

Pasaran saham global dan hasil perbendaharaan meningkat lebih tinggi pada Rabu apabila kebimbangan mengenai Omicron yang berkurangan telah meyakinkan pelabur namun sentimen reda selepas kenaikan besar pada hari sebelumnya dalam ekuiti dan harga minyak mentah.

Saham Eropah ditutup rendah namun 3 indeks utama Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi apabila syarikat pembuat vaksin Pfizer dan BioNtech menyatakan 3 suntikan khusus vaksin Covid-19 mampu meneutralkan Omicron dalam ujian makmal yang dilakukan.

Penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun AS naik buat 3 hari berturut-turut dengan kenaikan 1.5% buat kali pertama dalam seminggu dan harga emas sedikit berubah apabila pelabur sedang berwaspada menjelang terbitan data harga pengguna AS pada Jumaat.

Indeks MSCI seluruh dunia memacu 0.39% dan indeks STOXX Eropah 600 merudum 0.44%. Penanda aras S&P 500 turun 0.1% daripada rekod penutupan.

Pasaran Wall Street memperlihatkan indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.10%, S&P 500 tambah 0.31% sementara Nasdaq Composite pacu 0.64%.

Perkhidmatan komunikasi dan penjagaan kesihatan dorong sektor S&P tinggi dengan pertumbuhan saham meningkat 0.58% dan nilainya sedikit berubah.

Dolar menyusut berbanding beberapa mata wang utama apabila kebimbangan yang berkurangan mengenai Omicron telah membantu menyokong mata wang lebih berisiko dengan dolar Australia meningkat 0.83% telah mencatatkan kenaikan sesi ketiga berturut-turut.

Indeks dolar yang mengukur sejumlah mata wang berbanding 6 mata wang lain susut 0.38% pada 95.906 sementara Euro naik 0.74% pada $1.1346 dan Yen Jepun tambah 0.10% pada $113.68.

Nota hasil perbendaharaan 10 tahun AS meningkat 4.8 mata asas pada 1.528%.

Bank pusat AS telah menjadualkan mesyuarat dasar terakhirnya tahun ini pada minggu depan apabila ia akan mempercepatkan tapering bagi bonnya lebih awal dari jangkaan.

Harga minyak mentah Brent naik $0.38 pada $75.82 setong sementara harga minyak mentah AS tambh $0.31 pada $72.36 setong.

Niaga hadapan emas As kekal pada $1,785.50 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat