Momentum Pasaran Terumbang-Ambing, Varian Omicron Jadi Tumpuan Pasaran!

323

Matawang Euro susut pada hari ini yang berada ditengah musim cuti. Manakalah matawang yen jatuh ke paras terendah sebulan berbanding US dolar berikuta para pelabur memberi reaksi terhadap kes varian Omicron yang melonjak naik sehingga mempengaruhi selera pelabur.

Matawang yang sensitif terhadap risiko seperti dolar Australia didagangkan lebih tinggi, ditambah pula pasaran saham turut melonnjak naik. Hal yang berbeza pula berlaku pada matawang Euro yang menyusut 0.1% kepada paras dagangan $1.1298 sebelum kembali mengukuh. Indeks US dolar pada awalnya mencatat pengukuhan kemudian terus menyusut sebanyak 0.31% kepada paras dagangan 95.890.

Dengan ramai para pelabur mahupun dalam kalangan pelabur runcit dan institusi yang mengambil cuti, ia membuatkan para penganalisis sukar untuk membaca halatuju pasaran. Pemacu utama pada minggu ini lebih cenderung kepada reaksi pasaran terhadap lonjakan kes varian Omicron.

Menurut penganalisis, pasaran memiliki keyakinan bahawa varian Omciron tidak akan menjejaskan momentum ekonomi. Sentimen pelabur telah dirangsang sejak beberapa hari kebelakangan ini oleh tanda-tanda varian Omicron dengan lonjakan dalam kes mencatatkan rekod tertinggi di banyak negara dan dalam masa yang sama tidak membawa kepada sekatan baharu yang meluas.

Kyle Rodda, seorang penganalisis di IG Markets, berkata dalam jangka panjang beliau yakin terhadap US dolar disebabkan oleh kenaikan kadar dan kemungkinan pengurangan yang jelas dalam pengenaan sekatan.

Hasil bon kerajaan zon euro meningkat apabila pelabur memberi tumpuan kepada pengurangan pembelian bon mereka oleh bank pusat pada 2022 dan selera risiko kembali pulih.

Pergerakan menjelang akhir tahun tidak banyak turun naik dalam pasaran. Buat masa ini pasaran cenderung untuk tidak terburu-buru dalam melakukan pelaburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat