Monarki Al-Saud: Apa Sebenarnya Yang Berlaku di Arab Saudi?

301

Arab Saudi pada Sabtu menahan lebih daripada 10 orang putera, empat menteri dan beberapa orang bekas menteri. Penahanan ini termasuklah billionaire dan pelabur terkenal Putera Alwaleed bin Talal antara orang yang terkaya di dunia. Tindakan ini telah mengejutkan dunia seterusnya menimbulkan banyak spekulasi.

Apa sebenarnya yang berlaku di Arab Saudi?

Ini adalah tindakan terbaru oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman yang baru sahaja berumur 32 tahun. Beliau adalah seorang yang berpengaruh dan merupakan anak kepada Raja Salman.

Selepas sahaja penangkapan tersebut, Arab Saudi menubuhkan Jawatankuasa Anti-Rasuah yang dipengerusikan sendiri oleh Mohammad.

Di samping penahanan individu berprofail tinggi, kerajaan Saudi turut menutup lapangan terbang di Riyadh yang biasanya digunakan oleh orang kenamaan. Hal ini adalah untuk mengelakkan ahli kerabat yang kaya dari meninggalkan Arab Saudi.

Arab Saudi telah membekukan akaun bank berpuluh individu berprofil tinggi yang ditahan dalam satu operasi antirasuah.

“Sebarang aset atau hartanah berkaitan kes rasuah akan didaftar sebagai harta negara,” kata kementerian.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump turut menyokong tindakan Putera Mahkota Arab Saudi menahan anggota keluarga diraja, menteri dan pelabur dalam satu operasi anti-rasuah.

Tindakan itu adalah yang terbaru dalam langkah dramatik dilakukan Putera Mohammed bin Salman untuk meningkatkan pengaruh Arab Saudi di peringkat antarabangsa serta mengukuhkan kuasanya di tanah air.

Seorang pegawai AS yang enggan dikenali memberitahu Reuters: “MBS berperananan penting sebagai pembuat dasar Arab Saudi. Beliau bertindak secara agresif mengetepikan pencabar, menumpukan kuasa membuat keputusan dan menjadikan dirinya sebagai pewaris legasi al Saud.

“Beliau mahu mengukuhkan keyakinan orang awam terhadap pemerintahan monarki Arab Saudi dengan mempelbagaikan ekonomi, melonggarkan sekatan agama dan menjalankan pembaharuan meluas dari segi sosial.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat