Monero (XMR) Masih Bertahan Di Atas, Melonjak Lebih 34% Sejak Minggu Lalu

221

Monero (XMR) mempamerkan prestasi yang luar biasa bersama-sama aset lain seperti Decred (DCR), Tron (TRX), Kyber Network (KNC), dan Zcash (ZEC).

Sejak semalam, XMR telah melonjak dari paras terendah harian, $266.1 ke paras tertinggi harian, $289.2 pada hari ini.

Dalam tempoh seminggu pula, XMR bertahan dengan lonjakan lebih 34% dari paras harga $215.5.

Apa yang mendorong kepada peningkatan mendadak harga XMR?

Beberapa faktor wajar diberi perhatian dan berikut adalah rinciannya:

  • Penambahbaikan rangkaian dijadualkan pada 16 Julai 2022 pada blok 2,668,888.
    • Sebulan sebelum ia berlaku, perisian terbaharu v.0.18 “Fluorine Fermi” akan dilancarkan sekitar 16 Jun 2022.
    • Saiz “ring” akan meningkat dari 11 kepada 16.

Saiz “ring” – jumlah keseluruhan pengesah dalam transaksi XMR.

    • Privasi pengguna akan dipertingkatkan dalam penambahbaikan tersebut.
    • Saiz transaksi juga akan dikurangkan sebanyak 7% bagi meningkatkan skalabiliti rangkaian melalui transaksi yang lebih ringan dan pantas.
  • Token ini merupakan token privasi (privacy token) dan ia mula mendapat perhatian pelabur susulan daripada keunikkannya yang tidak sama dengan koin lain.
    • Sejak peperangan Rusia-Ukraine, pelabur menyedari kebanyakan transaksi yang dilakukan sebenarnya direkod di blockchain.
    • XMR pula tidak, menyebabkan pemindahan koin ini sukar dijejak.
  • Pilihan untuk aktiviti perisian tebusan (ransomware) hingga jenayah ini meningkat 500%
    • Pada Mei, XMR akhirnya telah mencatatkan rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $517.62.
    • Rupanya ia didorong oleh aktiviti ransomware dengan rekod untuk 2020-2021 telah meningkat hampir 500%.
    • Chainalysis mendedahkan pembayaran kripto untuk ransomware telah mencapai nilai $600 juta dalam tempoh tersebut.
    • Peningkatan harga XMR barangkali akan berterusan jika permintaan terus meningkat.

Ketika penulisan, XMR didagangkan pada $281, meningkat hampir 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat