MoneyGram Benarkan Pengguna Jual Beli Kripto Rentasi 200 Lokasi

118

Syarikat perkhidmatan kewangan terkemuka, MoneyGram berjaya melancarkan aplikasi baharu yang membenarkan para pengguna membeli atau menjual mata wang kripto mereka.

Pembaharuan ini dibuat agar syarikatnya mampu mengembangkan serta membangunkan perkhidmatannya ke dalam pasaran kripto secara global.

Malah, syarikatnya akan memberi akses segera kepada lebih 120 mata wang di seluruh dunia dengan menjadikan kripto sebagai input serta output menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MoneyGram, Alex Holmes.

Rentetan itu, MoneyGram akan mendedahkan pengguna kepada beberapa kripto popular seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan Litecoin (LTC) bagi membolehkan penggunanya melabur dalam aset ini dengan mudah.

Difahamkan juga bahawa pelabur dibenar menggunakan perkhidmatan tersebut semasa syarikat membuat pemindahan wang P2P* rentas sempadan Amerika di sebahagian besar negeri AS dan Washington.

*Urusniaga transaksi antara dua pengguna

Sementara itu, MoneyGram turut terlibat dalam pasaran kripto secara aktif dengan mengumumkan penyelesaian crypto-to-cash** pada bulan Jun supaya penggunanya sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

**Penyelesaian yang cepat dan selamat menjual kripto untuk perniagaan dan individu persendirian

Diperjelaskan lagi, MoneyGram memeterai perjanjian bersama exchanger kripto Coinme pada tahun lepas bagi menyediakan BTC kepada pelanggan, manakala disebut bahawa aplikasi baharu ini pula akan dikuasakan oleh Coinme.

Secara konteks, MoneyGram ditubuhkan pada 1980 dan kini bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perkhidmatannya ke dalam pasaran kripto selepas berkhidmat kepada lebih 10 juta pelanggan bagi menawarkan perkhidmatan pemindahan wang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat