Monkeypox Bakal Jadi Isu Kecemasan Global – WHO

465

‘Masak mat, kena kuarantin lagi ke ni?’

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang berkira-kira untuk mengisytiharkan jangkitan cacar monyet (monkeypox) sebagai  masalah ‘kecemasan kesihatan global’.

Difahamkan bahawa jawatankuasa khas WHO bakal mengadakan mesyuarat pada Jumaat waktu tempatan bagi membincangkan tahap keterukan jangkitan tersebut berdasarkan peningkatan kes mendadak di Eropah.

Mesyuarat tersebut juga akan dihadiri oleh 9 ahli di bawah peraturan kesihatan antarabangsa termasuk 2 ahli yang terlibat dalam mengendalikan polio dan Covid-19.

Memetik sumber agensi kesihatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jawatankuasa khas tersebut dikatakan akan menasihatkan ketua WHO sama ada jangkitan itu perlu diisytiharkan sebagai ‘kecemasan Kesihatan Awam bagi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC)’ atau tidak.

Sebagai makluman, PHIEC merupakan peringkat amaran tertinggi WHO terhadap penyakit berjangkit di seluruh dunia seperti H1N1, Ebola, Poliomielitis, Zika dan Covid-19.

Melihat rekod, berlakunya peningkatan catatan kes melibatkan monkeypox sejak awal Mei tahun ini, yang kebanyakannya dilaporkan dari negara kebiasaannya tidak mendapat penyakit tersebut.

Di rantau Eropah sahaja sudah terdapat 2,746 kes monkeypox yang dikenalpasti oleh WHO, dan setakat 21 Jun lebih banyak kes dilaporkan di 29 buah negara.

Selain itu, kebanyakan kes yang dilaporkan didapati dibawa oleh pelawat yang pernah berkunjung ke bahagian Barat atau Tengah Afrika, tempat di mana penyakit tersebut sering dikesan.

Dalam pada itu, nota WHO menerangkan bahawa monkeypox merupakan sebuah virus cacar yang sering didapati pada monyet dan sukar tersebar melainkan terdapat sentuhan secara terus daripada tempat luka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat