Monkeypox Cetus Panik, CDC AS Aktifkan Pusat Operasi Kecemasan!

233

‘Alamak, macam nak kena cucuk lagi je ni.’

Penyebaran wabak cacar monyet (monkeypox) yang semakin berleluasa telah memaksa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengaktifkan Pusat Operasi Kecemasan (EOC).

Pengaktifan EOC bermaksud agensi tersebut boleh meningkatkan operasi sokongannya sebagai tindak balas dalam menghadapai cabaran wabak yang semakin meningkat.

Memetik kenyataan rasmi CDC, ia satu tindakan yang perlu diambil bagi memantau dan menyelaraskan tindak balas kecemansan terhadap monkeypox selain akan membantu agensi untuk lebih aktif dalam menggerakkan kakitangan serta sumber tambahan.

Terangnya lagi, agensi akan berterusan memberi bimbingan dan meningkatkan kesedaran di kalangan penyedia penjagaan kesihatan barisan hadapan dan kesihatan awam selain akan sentiasa mengemas kini maklumat di laman rasmi serta media sosial mereka.

Sebagai makluman, CDC menempatkan lebih 300 kakitangan yang berkerjasama dengan rakan kongsi respon tempatan, nasional dan antarabangsa dalam memastikan kesihatan awam.

Pada sisi berbeza, diumumkan bahawa beberapa klinik diseluruh AS akan menawarkan vaksin terhadap monkeypox kepada sesiapa yang terkena penyakit tersebut.

Difahamkan bahawa beberapa negari di AS telah menerima vaksin jenis Jynneos daripada simpanan persekutuan, dan pihak berkuasa kesihatan negeri dilihat menambah permintaan vaksin terhadap cacar biasa terhadap monkeypox.

Sebanyak 56,000 dos serta 240,000 dos tambahan Jynneos akan diagihkan oleh Jabatan Kesihatan dan Kemanusiaan, dan secara keseluruhan mungkin terdapat 1.6 juta dos akan berada dalam pasaran menjelang akhir tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat