Moo, Macam Mana Lembu Mampu Jana Ekonomi New Zealand?

353

Sebut New Zealand, mesti ramai akan terbayang lembu putih tompok-tompok hitam kan? -Hidayat Zain speaker INTRADAY.my yang berlidah Terengganu.

New Zealand merupakan negara pengeksport terbesar produk tenusu dunia sehingga mata wang New Zealand (NZD) dikategorikan sebagai mata wang komoditi.

Apabila sesuatu komoditi menjadi sumber pengeksportan utama sesebuah negara maka mata wang negara tersebut akan dikategorikan sebagai mata wang komoditi sebagai contoh New Zealand dengan produk tenusunya.

Susu keluaran negara New Zealand datang dari lembu-lembu yang dipelihara dengan sangat baik, ia diberi makan rumput semula jadi dan tidak diternak di kilang seperti di negara-negara lain.

Ia secara tidak langsung menjadikan kualiti susu lembu New Zealand sangat berkualiti dan membuatkan sektor tenusu negara telah menyumbang lebih $10 bilion NZD.

Dalam pada itu, China menjadi pengeksport terbesar bagi komoditi New Zealand di mana jumlah eksport ke China dianggarkan melebihi $10 bilion USD.

Ekoran daripada itu, andai perlu sebarang masalah di China ia akan membuatkan nilai NZD menurun.

Nak tahu lebih lanjut macam mana NZD mempengaruhi ekonomi China? Nak tahu rahsia susu lembu New Zealand kekalkan kualitinya? Teruskan menonton selanjutnya video di bawah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat