Mood Bercuti Tahun Baru Buatkan Pelabur Kurang Bernafsu

101

Pasaran ekuiti global tampak terus bergerak lemah dengan kekurangan pemangkin baru menafikan minat pembelian oleh pelabur menjelang tahun baru ini.

Sungguhpun begitu, berita penamatan tempoh kuarantin bagi pelancong memasuki China dilihat memberi kesan kepada pasaran dengan dolar menyuram dan hasil Perbendaharaan melonjak.

Akan tetapi perkara itu dilihat gagal memacu ekuiti dan ditutup bercampur, dengan condong ke bawah selepas ditarik turun saham bertemakan teknologi.

Ketika penutupan Wall Street, Dow Jones Industrial naik 0.11% pada 33,241.76 sementara S&P 500 hilang 0.40% pada 3,829.26 dan Nasdaq Composite susut 1.38% pada 10,353.23.

Kebanyakan pasaran di Eropah masih ditutup semalam sempena Boxing Day tatkala indeks meluas MSCI saham global hilang 0.15%, turun 19.8% tahun hingga kini.

Di Asia pagi ini pula Nikkei 225 Jepun turun 0.58%, Topix susut 0.32%, Kospi Korea Selatan jatuh 1.77% dan S&P/ASX 200 Australia menerbalikkan keuntungan sebanyak 0.27%.

Saham firma-firma berkaitan China seperti Alibaba, JD.com dan Pinduoduo yang berdagang di Amerika Syarikat (AS) dilihat berjaya mencatat keuntungan.

Dalam pada itu, nota penanda aras 10 tahun naik 3.854% dari 3.747% sementara bon 30 tahun canak 3.9417% dari 3.822% dan nota 2 tahun lonjak 4.3891% dari 4.323%.

Raja mata wang dolar agak mendatar dengan pelabur cuba mencerna berita dari China, di mana perubahan polisi Covid boleh mendorong pertumbuhan ekonomi namun kesannya kes jangkitan difahamkan terus meningkat.

Indeks greenback naik sedikit 0.086% dengan Euro tambah 0.04% pada $1.0639 sementara Yen turun 0.49% pada $133.54 dan Pound jatuh 0.28% pada $1.2026.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat