MOSHED TOWER Cetus Fenomena, Trending Di Decentraland!

3,406

Baru-baru ini, menara Moshed Tower telah trending di dunia maya Decentraland yang mengujakan ramai peminat kripto dan metaverse yang kian berkembang.

Moshed Tower sebenarnya adalah bangunan pejabat urusan bagi INTRADAY, media kewangan nombor 1 di Malaysia yang kemudiannya telah diadaptasikan dalam bentuk maya untuk menyusuri revolusi teknologi dunia Metaverse yang kian mencetus fenomena.

Tidak ketinggalan untuk menjadi yang terawal bertapak dalam metaverse, Pengasas dan CEO INTRADAY, Moshed Mohamad telah membelanjakan sekitar RM70,000 untuk memiliki tanah di Decentraland.

Tanggal 10 Mac 2022 pada Khamis lalu, acara maya yang dianjurkan itu adalah bersempena pelancaran jualan awam ROMPAK NFT secara rasmi di platform Opensea.io dan dihadiri oleh sekitar 150 peserta ahli komuniti Intraday NFT yang tidak mahu terlepas peluang untuk turut bersama-sama meluangkan masa dengan ‘Captain Moshed’ dalam dunia maya itu.

Turut mengujakan tuan Moshed sendiri yang pertama kali mengadakan acara meriah di tanah maya miliknya itu, acara tersebut telah trending di papan utama Decentraland dengan dihadiri lebih 100 ‘tetamu’ dari pelbagai negara, seperti yang turut dilaporkan oleh Astro Awani.

Selepas pelancaran ROMPAK NFT tersebut, acara dimeriahkan dengan pengumuman oleh tuan Moshed kepada mereka yang bertuah hadir di acara tersebut, untuk memenangi hadiah wang tunai dan juga NFT ROMPAK itu sendiri.

Untuk pengetahuan, ROMPAK NFT yang dilancarkan oleh Intraday NFT menyediakan utiliti tambahan yang menarik kepada para holder.

Antaranya, pemilik NFT adalah pemegang 20% royalti dari filem ROMPAK yang bakal ditayangkan pada Jun nanti. Selain itu, pemilik NFT mendapat akses di sebalik tabir set penggambaran filem ROMPAK serta tayangan perdana.

Selepas itu, mereka mempunyai kuasa mengundi untuk pilihan pelakon dan jalan cerita bagi projek filem seterusnya pula. Nama pemilik NFT akan disenaraikan dalam whitelist dan pre-sale untuk projek akan datang.

Dan yang paling menarik, tuan Moshed mengumumkan holder NFT yang paling bertuah bakal memenangi sebuah kereta MYVI secara percuma.

Bagi mereka yang masih belum memiliki NFT filem ROMPAK ini, masih belum terlambat untuk anda memilikinya. Klik link berikut untuk pembelian sebelum kehabisan stok.

Pembelian ROMPAK NFT: https://opensea.io/collection/rompaknft

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat