MR DIY Akan Kekalkan Harga Walaupun Berdepan Krisis Inflasi

226

‘Makin ramai akak-akak akan pujuk suami pergi MR DIY lepas ni.’

Gergasi peruncitan barangan keperluan rumah, MR DIY Group (M) Bhd akan mengekalkan slogan ‘always low price’ sungguhpun diapit tekanan kenaikan harga dan inflasi.

Ia digariskan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Adrian Ong, dengan mengatakan amalan perniagaan cekap dan mampan kumpulan mampu menyerap lonjakan harga dan membolehkan syarikat menyediakan produk mampu milik kepada pengguna.

Jelas Ong, amalan pembelian pukal kumpulan untuk barangan keperluan sebagai pemboleh utama bagi syarikat dalam mengekalkan pada paras harga rendah.

Umunnya, kumpulan tersebut menetapkan sasaran untuk membuka lebih 180 kedainya pada masa depan menerusi barisan MR DIY, MR Toy dan MR Dollar.

Berkongsi mengenai prestasi setiap rangkaian tersebut, Ong  menyatakan bahawa kumpulan tersebut menerima maklum balas positif dan akan terus mengembangkan pengaruh syarikat bagi memenuhi permintaan pengguna.

Dalam pada itu, Ong turut menambah bahawa kedai fizikal dilihat menjana pendapatan jauh lebih banyak daripada perniagaan e-dagang yang menyumbang kurang 1% daripada jumlah hasil kumpulan.

Setakat pagi ini, saham MR DIY dibuka rendah RM2.04 (1.45%) dengan modal pasaran bernilai RM19.23 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat