MR DIY Terus Mengorak Langkah

280

Saham MR DIY Group (M) Bhd melonjak sebanyak 5.65% atau 14 sen kepada RM2.62 pada sesi dagangan pagi tadi selepas syarikat berkenaan tersenarai dalam senarai 715 firma patuh syariah terbaharu yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pada pukul 9.42 pagi, saham itu mencatatkan sedikit keuntungan kepada RM2.58, masih melonjak 10 sen atau 4.03%.

Saham syarikat itu merupakan antara kaunter yang mencatatkan keuntungan paling tinggi pagi tadi selain menyaksikan 3.38 juta sahamnya didagangkan.

AmInvestment Bank Research hari ini menyarankan ‘buy’ dan nilai saksama (FV) sebanyak RM2.94 terhadap MR DIY.

Tambah firma penyelidikan itu, nilai saksama tersebut adalah berdasarkan nisbah pendapatan (PER) 31 kali pendapatan sesaham (EPS) sebanyak 9.5 sen yang diramalkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22).

“Kami percaya bahawa penilaian premium PE itu berdasarkan pertumbuhan keuntungan yang kukuh, pelan untuk mengembangkan peniagaan dan jenamanya yang dikenali ramai. MR DIY kini didagangkan pada FY21 PE sebanyak 33 kali dan FY22 PE sebanyak 27 kali,” kata firma tersebut.

AmInvestment juga berpendapat bahawa MR DIY berada pada posisi untuk memperoleh keuntungan daripada pemulihan perbelanjaan pengguna di Malaysia pada FY21.

Ujar firma itu lagi, rangkaian cawangan MR DIY yang meluas di bandar atau desa, ditambah dengan harga produknya yang berpatutan akan membantu melonjakkan lagi jumlah perbelanjaan dan bilangan pelanggan.

“Kami menjangkakan pasaran saham MR DIY akan mencecah lebih 30% pada FY21 berbanding 29.1% pada FY19. Ketika ini, MR DIY merupakan syarikat peruncit peralatan rumah terbesar di negara ini dengan memiliki 670 buah cawangan.

AmInvestment juga meramalkan keuntungan utama bersih MR DIY akan meningkat sebanyak 58.9% dan 31% kepada RM454.7 juta serta RM595.9 juta bagi FY21 dan FY22.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat