Mr. Yen Meramalkan Usd/Jpy Mampu Menembusi Paras 100.00

49

Eisuke Sakakibara, bekas pegawai tinggi matawang di Kementerian Kewangan Jepun mengatakan matawang Yen boleh menguat sehingga 100 Yen untuk setiap US dolar (Usd/Jpy = 100.00) tahun ini kerana jangkaan kepada Trump yang jauh meleset.

Sakakibara mengatakan, “US dolar akan beralih di antara 105 hingga 110 berbanding Yen dan ada potensi untuk Yen menembusi paras 100 Yen berbanding dolar.”

Beliau menambah, “Pertumbuhan 4% dalam ekonomi US adalah mustahil dan hanya akan berada di paras 2%-2.5%, dan akan mengakhiri tumpuan pasaran kepada beliau.”

Sakakibara sebelum ini, membuat ramalan yang tepat tentang penguatan matawang Yen pada tahun 2016 dari paras 120 setiap USD kepada 100 yang telah menyangkal ramalan penganalisis lain yang mengatakan Yen akan terus melemah. Walaupun begitu, Yen melemah semula selepas kemenangan Trump dalam pilihanraya November lalu.

November lalu, Sakakibara yang digelar sebagai Mr.Yen menyatakan, “Jika US memansuhkan perjanjian TPPA akan menyebabkan kemelesetan kepada ekonomi Jepun.”

Usd/Jpy awal minggu ini memulakan dagangan dengan penyusutan hampir 200 pip dari paras harga penutup Jumaat, sebelum menguat semula pada Selasa berikutan keputusan Trump yang telah menarik US keluar dari perjanjian TPPA. Keputusan Trump ini menyebabkan Yen melemah disebabkan jumlah terbesar eksport Jepun adalah ke US.

Disebabkan hal ini, pentadbiran Jepun akan cuba membuat perjanjian baru secepat mungkin dengan Trump untuk melindungi sektor ‘eksport’ negara itu yang merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat