MSM Melepasi Tempoh Sukar – Penganalisis

163

CGS-CIMB Research mengemaskini saranannya terhadap MSM Malaysia Holdings Bhd kepada ‘hold’ daripada ‘reduce’ sebelum ini selepas syarikat berkenaan dijangka bakal mengalami prospek pertumbuhan pendapatan yang positif.

Bagaimanapun, firma penyelidikan tersebut berkata syarikat pengeluar gula itu berdepan situasi kepimpinan yang tidak menentu berikutan pemecatan Datuk Khairil Anuar Aziz daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan kerugian yang dialami oleh kilang di Johor.

Semalam, syarikat itu mengumumkan kerugian bersih untuk suku ketiga yang berakhir 30 September 2020 (3QFY20) sebanyak RM71.21 juta berikutan pertambahan margin jualan dan produk eksport baharu manakala jumlah pendapatannya bertambah kepada RM594.55 juta daripada RM531.69 juta pada tahun lalu.

“Kerugian bersih utama untuk tempoh 9 bulan pertama yang berakhir 30 September 2020 (9MFY20) sebanyak RM43 juta adalah rendah berbanding ramalan kami iaitu RM64 juta untuk tahun kewangan penuh susulan margin pengilangan yang lebih baik,” kata penganalisis CGS-CIMB, Ivy Ng Lee Fang dan Nagulan Ravi dalam notanya hari ini.

Para penganalisis menyatakan mereka menjangkakan MSM merekodkan kerugian yang lebih rendah untuk 4QFY20 berikutan jumlah penjualan yang lebih tinggi dan kos operasi yang lebih rendah susulan penutupan kilang di Perlis dan penghapusan aset biologi.

“Syarikat itu mengulangi strateginya untuk ‘bertukar arah’ dengan menyatukan pengeluaran di kilang di Johor, menurunkan kos pengeluaran dan meningkatkan purata harga jualan (ASP) dengan mengeluarkan pemborong lapisan pertama daripada rantaian bekalan.

“Kebimbangan utama kami adalah kenaikan harga gula mentah kepada AS$0.14/lbs daripada paras rendah pada tahun 2020 berbanding AS$0.99/lbs yang boleh memberi kesan negatif terhadap margin keuntungn MSM untuk produk gula halus tempatan pada 2021F serta tampuk pemerintahan syarikat,” kata para penganalisis.

Tambah para penganalisis, mereka mengekalkan hargsa sasaran (TP) sebanyak 55 sen.

Pada waktu tengah hari tadi, saham MSM turun satu sen atau 1.85% kepada 53 sen, sekali gus menjadikan permodalan pasaran syarikat berkenaan sebanyak RM369.06 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat