Mudahnya Membeli Kripto Dengan Ciri Terbaru Coinbase!

405

Pelabur kripto yang menggunakan Coinbase bagi penyimpanan aset digital kini lebih mudah untuk melakukan transaksi menggunakan Coinbase Wallet dengan kewujudan fungsi baru iaitu “Buy or Transfer” di aplikasi telefon pintar Coinbase.

Sebelum ini pengguna Coinbase terpaksa menggunakan platform pertukaran Coinbase.com atau platform lain bagi pembelian kripto sebelum memindahkan aset itu ke dalam Coinbase Wallet di aplikasi tersebut.

Namun, tidak lagi setelah firma itu menubuhkan ciri terbaru, membolehkan penggunanya untuk membeli matawang kripto secara terus di dalam aplikasi Coinbase Wallet menggunakan kad debit.

Menariknya lagi, pengguna Coinbase.com boleh menghubungkan akaun wallet dan ciri terbaru itu akan menjadi mod pilihan, bukan ditetapkan.

Kesemua ciri wallet akan kekal tersedia untuk pengguna walaupun tiada sambungan ke akaun Coinbase.com.

Firma itu berharap dengan kewujudan ciri yang lebih mudah ini membawa kepada peningkatan mutu kepada pengguna, terutama bagi pengguna baru yang baru mengenali Coinbase.

Walau bagaimanapun, tidak semua pengguna Coinbase Wallet berpeluang mengakses ciri tersebut.

Dilaporkan ia akan dilancarkan ke peranti Android dan iOS buat kali pertama di Amerika Syarikat (AS). Manakala, pelancaran ke negara lain dijadualkan di dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat