Muktamad Pelantikan EY, Saham Serba Dinamik Meroket!

1,407

Saham Serba Dinamik Holdings Bhd melonjak sebanyak tiga sen atau 7.79% kepada 41.5 sen ketika sesi dagangan Bursa Malaysia pagi tadi selepas syarikat berkenaan memuktamadkan pelantikan Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY) sebagai penilai bebas khas bagi menyemak kesahihan serta ketepatan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh bekas juruaudit luar, KPMG PLT.

Pada 10.13 pagi, saham Serba Dinamik meningkat pada paras 41 sen dengan 196.82 juta saham diniagakan.

Kaunter itu merupakan saham paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia setakat ini.

Pada paras 41 sen, nilai pasaran syarikat itu sekitar RM1.52 bilion berdasarkan 3.71 bilion saham terbitannya.

Sebelum ini, saham Serba Dinamik ditutup tinggi untuk tiga hari berturut-turut selepas kaunter tersebut merekodkan paras terendah iaitu 32 sen pada Selasa minggu lalu.

Harga saham Serba Dinamik susut ke paras semasa daripada harga penutupan iaitu RM1.61 pada 25 Mei lalu.

Serba Dinamik menerima liputan semenjak akhir Mei apabila syarikat tersebut mengumumkan KPMG telah memaklumkan mengenai beberapa perkara berkaitan audit berkanunnya.

Jumaat lalu, Serba Dinamik menerusi maklumannya kepada Bursa, keputusan untuk memuktamadkan pelantikan EY sebagai penilai bebas khas susulan perbincangan antara syarikat itu dan Bursa Malaysia yang melihat reputasi EY sebagai salah satu firma pengauditan terbesar.

“Pelantikan EY juga dibuat berdasarkan arahan daripada Bursa Malaysia menurut Perenggan 2.23 dan 2.24 Syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia,” kata Serba Dinamik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat