Muktamad! Powell Tak Main-main Untuk Terus Naikkan Kadar Faedah

698

Dolar Amerika terus bermaharajalela dengan sokongan daripada kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell mengenai kadar faedah di Jackson Hole pada Jumaat.

Powell memberitahu bahawa bank pusat akan meneruskan kenaikan kadar faedah untuk menghentikan inflasi daripada menjadi aspek kekal dalam ekonomi Amerika Syarikat.

Kenyataan beliau telah mendorong junaman dalam pasaran saham dan mata wang utama, manakala US dolar terbang lebih tinggi.

Berikut merupakan intipati daripada kenyataan susulan Powell mengenai dasar monetari AS:

  • Fed mungkin akan meneruskan kenaikan kadar selanjutnya dalam beberapa bulan akan datang dan mengekalkannya tinggi untuk beberapa waktu.
  • Tanggungjawab Fed untuk memberikan kestabilan harga adalah tanpa syarat.
  • Pemulihan kestabilan harga memerlukan Fed untuk kekalkan pendirian dasar yang ketat untuk beberapa waktu.
  • Tumpuan Fed adalah lebih luas daripada satu atau dua bulan data, dan ia akan terus bergerak ke hadapan sehingga inflasi turun menghampiri sasaran jangka panjang 2%.
  • Powell akui mengawal inflasi akan mendatangkan ‘kesan’ kepada isi rumah dan perniagaanAmerika, tetapi ia adalah ‘harga’ yang perlu dibayar.
  • Powell beri amaran bahawa jika gagal untuk memulihkan kestabilan harga, ia bermakna ‘kesakitan’ yang ditanggung kelak lebih besar.

“Tanpa kestabilan harga, ekonomi tidak akan berfungsi untuk sesiapa”, tegas Powell dalam ucapannya di Jackson Hole minggu lalu.

Rentetan daripada itu, maka jelaslah bahawa komitmen Federal Reserve untuk memerangi inflasi masih lagi ‘membara’ dan beberapa data yang diterbitkan sebelum ini lemah, kekal tidak mematahkan pendirian bank pusat itu untuk meneruskan pengetatan.

Kesannya pada pasaran mata wang, US dolar terus melonjak lebih tinggi dengan mencapai paras ketinggian terbaharu 20 tahun berbanding kebanyakan mata wang utama pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat