Mula Terukir Senyuman Di Bibir ‘Gold Digger’

1,272

Dagangan emas kembali paparkan kenaikan di atas paras $1900 semalam untuk pergerakan positif 3 sesi berturut-turut sehingga ke sesi Eropah pada Jumaat.

Us dolar yang didagangkan sedikit susut pada penghujung minggu memberi ruang untuk harga emas meningkat.

Pelabur masih menantikan perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) walaupun harapan semakin pudar di samping ketidaktentuan politik menjelang pilihan raya Presiden berbaki kurang 3 minggu lagi.

Pergerakan harga pada carta XAU/USD meningkat ke paras ketinggian sekitar 1912.00 pada sesi Eropah menguji zon SBR (support become resistance) itu.

Harga yang berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi bakal menguji semula paras rintangan mingguan sekitar 1930.00 dan juga zon resistance 1938.00.

Namun jika US dolar kembali mengukuh semula di sesi New York, penurunan harga emas kembali dijangkakan semula ke bawah paras 1900.00.

Paras sokongan harga semalam sekitar 1890.00 akan kembali diuji sebelum penurunan lebih rendah harga bakal menuju zon support 1875.00.

Pantau sentimen pasaran semasa khususnya tumpuan yang terarah pada pakej rangsangan ekonomi AS serta kes jangkitan Coronavirus yang akan mempengaruhi pergerakan harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat