Mula Tunjuk Taring! Ini 3 Sebab XRP Mengganas 60% Dalam 10 Hari Lalu!

1,505

“Sebelum ni XRP senyap je sekarang baru la berganjak dari zon selesanya.”

Mata wang kripto Ripple (XRP) akhirnya menggunung sebanyak 29.20% sehingga melepasi paras $0.58 sebelum jatuh semula pada $0.52 walaupun kes tuntutan mahkamah mereka dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) masih belum selesai.

Susulan harga yang berjaya dicapai XRP tersebut adalah tahap tidak dilihat sejak Mei 2022, beberapa penganalisis meramalkan aset digital itu berpotensi untuk menembusi $0.60 dalam tempoh terdekat ini.

Difahamkan, XRP menyaksikan lonjakan tinggi baru-baru ini ekoran terdapat sentimen di kalangan pelabur berkaitan syarikat blockchain Ripple dapat memenangi kesnya terhadap SEC serta dorongan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ark Invest Cathie Wood.

Selain itu, naik taraf XRP Ledger (XRPL) yang dilaksanakan beberapa bulan lalu adalah salah satu sebab harga aset digital tersebut mampu mendaki seterusnya penggunaan akaun XRPL dilihat semakin meningkat.

Sementara Suruhanjaya Niaga Hadapan dan Dagangan Komoditi (CFTC) AS yang mendefinisikan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) sebagai komoditi difahami dapat membangunkan semula XRP susulan ia bercanggah dengan tuntutan SEC.

Memandangkan pertempuran antara XRP dan SEC semakin menemui penghujung, beberapa syarikat kripto masih bergelut untuk mendapat penjelasan lebih terperinci tentang undang-undang yang mereka perlu patuhi.

Menurut David Schwartz, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) XRP berkata bahawa aset digital itu tidak akan menjadi sekuriti apabila syarikat tersebut melepaskan kawalan ke atas XRPL dengan membenarkan pihak lain uruskannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat