Mulakan Dagangan 2023, EUR/USD Susut Dari Ketinggian $1.0700

110

Memulakan dagangan awal minggu ini sebagai pembukaan pasaran 2023 masih lagi menyaksikan pergerakan harga yang perlahan dengan kebanyakan bank pusat utama ditutup sempena sambutan tahun baru.

Aktiviti pasaran yang kurang aktif ini dijangka akan berterusan sehingga ke penghujung minggu melainkan terdapat berita-berita yang dilaporkan dan memberi kesan kepada pasaran kewangan sebelum laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tumpuan.

US dolar masih didagangkan tak menentu dengan mata wang Euro pamer prestasi tercorot pada dagangan Isnin semalam, namun secara keseluruhan pergerakan harga masih dilihat mendatar.

Walaupun US dolar tak menentu, namun berjaya menjauh dari paras terendah 6 bulan berbanding kebanyakan mata wang utama selepas corak penurunan yang dipamerkan pada penghujung 2022 lalu.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga memulakan dagangan di sesi Asia semalam sekitar paras 1.07000 selepas harga berjaya menutup dagangan 2022 pada penghujung minggu lalu di sekitar tersebut.

1.07000 merupakan zon rintangan buat harga sebelum ini, dan harga juga telah susut lebih rendah selepas memulakan dagangan di ketinggian itu pada mulanya.

Penurunan harga yang mula bergerak semula di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi isyarat awal untuk permulaan trend bearish.

Sekiranya penurunan diteruskan hari ini, harga dilihat akan kembali menuju sekitar 1.06000 untuk menguji zon sokongan harga tersebut.

Jika berjaya ditembusi, harga dijangka akan menuju pula ke sekitar 1.05000 bagi meneruskan pergerakan trend bearish yang lebih jelas selepas berjaya keluar dari zon mendatar tersebut.

Namun, jika harga kembali melonjak dan berjaya tembusi rintangan 1.07000, kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan pada ketinggian 1.08000.

Mencapai ke sekitar tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru harga untuk tempoh dagangan 7 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat