Mulanya Ada Kenaikan, Tapi GBP/USD Jatuh Balik 140 Pips

111

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih menunjukkan corak bearish dengan penurunan diteruskan pada sesi New York semalam.

Pada mulanya, kenaikan harga dipaparkan sekitar 100 pips mencapai paras 1.22700 sebelum harga menjunam semula 140 pips mencecah ke paras 1.21300.

US dolar dilihat masih didagangkan mengukuh selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan menjangkakan kemungkinan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan pengetatan dasar.

Sentimen pasaran juga dinilai mula berisiko dengan berita tentang ketegangan Eropah-Rusia berkenaan isu minyak serta ketegangan semula perang Rusia-Ukraine mencetuskan kebimbangan terhadap pasaran global.

Harga pada carta GBP/USD yang membuat kenaikan awal dilihat terhalang oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum menyambung penurunan.

Corak bearish tersebut dijangka akan diteruskan lagi hari ini dengan sasaran berikutnya bakal diuji harga adalah pada 1.21000.

Seterusnya harga yang melanjutkan penurunan melepasi paras tersebut akan menuju pula zon tumpuan pada minggu lalu iaitu sekitar 1.2000.

Namun, perubahan arah harga boleh berlaku bila-bila masa sahaja ekoran pergerakan harga dijangka akan tidak menentu sehingga ke penghujung minggu.

Jika berlaku lonjakan semula harga, rintangan awal yang bakal diuji dilihat pada 1.22000 sebelum paras halangan MA50 juga akan turut diuji.

Melepasi rintangan berikut akan mendorong harga meningkat lebih tinggi semula ke zon 1.23000.

Paras ketinggian dicapai awal minggu berkemungkinan boleh diatasi jika harga meneruskan pergerakan trend bullish dan kemudiannya akan catatkan paras tertinggi terbaru 6 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat