Muncul Dalam Iklan Crypto.com Paling Dibenci! Matt Damon Dedah Kisah Disebaliknya!

232

“Baguslah Matt Damon balas jasa baik orang yang dah tolong beliau masa susah.”

Bintang Hollywood Matt Damon akhirnya mendedahkan sebab beliau muncul dalam iklan syarikat exchanger mata wang kripto Crypto.com digelar “Fortune Favors the Brave” yang pernah menjadi bahan ejekan tanpa henti.

Semasa bercakap di tayangan perdana filem terbarunya pada 27 Mac, Matt kelihatan agak malu ketika menjelaskan alasan beliau muncul dalam iklan tersebut, namun ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan wang untuk projek diasasnya Water.org.

Secara umumnya, beliau telah mengasaskan projek air bersih pada 2009 bersama jurutera dan dermawan Gary White untuk tingkatkan akses kepada air bersih secara global melalui pembiayaan pinjaman kecil yang membiayai pembelian serta pemasangan paip air termasuk tandas.

Beliau dilaporkan pernah memberi keseluruhan gajinya kepada Water.org semasa mereka menghadapi kedudukan kewangan yang sangat teruk.

Pun begitu, Damon yang mengatakan bahawa Crypto.com meringankan bebannya susulan syarikat tersebut menyumbang sebanyak $1 juta kepada Water.org telah menjadi sebab beliau sangat berterima kasih kepada mereka.

Difahamkan, iklan tersebut yang dikeluarkan pada Oktober 2021 telah membintangi Matt Damon di tengah-tengah landskap digital tokoh bersejarah seperti Wright bersaudara dan Sir Edmund Hillary, di mana ia muncul di papan iklan di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, Matt Damon telah menjadi bahan jenaka ketika berada dalam rancangan TV South Park selepas iklan itu menerima kritikan hebat susulan pasaran kripto pada tahun 2022 menyaksikan pendarahan ketara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat