Mungkin Ada Trader Yang Terduduk Selepas Mengetahui Data Dari Australia dan Jepun Ini

61

Aussie diniagakan lemah pada sesi Asia berikutan data PMI tempatan menunjukkan kemerosotan. Pasaran matawang juga sedang bertumpu kepada data pembuatan swasta dari China.

AUD/USD didagang pada 0.7519, manakala USD/JPY merosot 0.10%.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Di Australia, Indeks Pembuatan AIG untuk bulan Ogos tergelincir kepada 46.90. Angka ini merupakan angka terburuk sejak Jun tahun lalu dan faktor utama kejatuhan ini disumbangkan oleh sektor makanan dan minuman.

Kemudian, angka perbelanjaan modal swasta bagi suku kedua dijangka menunjukkan penurunan sebanyak 4.2%. Pada masa yang sama, data jualan runcit bagi Julai dilihat meningkat 0.3% bulan ke bulan.

Sementara di Jepun, data pembuatan PMI dilihat tidak berubah.

Di China, data pembuatan PMI separa rasmi bagi bulan Ogos dilihat tidak berubah, manakala data bukan pembuatan merosot 53.5. Kemudian, data pembuatan Caixin PMI juga menurun kepada 50.1.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai ada 96.01.

Semalam, US Dollar didagang tinggi selepas data positif dari AS terus meningkatkan keyakinan terhadap kekuatan ekonomi dan jangkaan kenaikan kadar.

Persatuan Kebangsaan Realtors melaporkan jualan rumah meningkat 1.3% bulan lepas.

Disamping itu, Firma pemprosesan gaji ADP Amerika Syarikat berkata, pekerjaan swasta bukan ladang meningkat 177,000 pada bulan lepas, melepasi jangkaan awal.

Data yang positif dari AS itu secara tidak langsung menyumbang kepada pengukuhan prospek peningkatan kadar dalam jangka masa terdekat.

Anda asyik loss? Tenang, baca dulu artikel ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat