Mungkin Trump Hanyalah Seorang Presiden Yang Lemah

49

Mungkin Trump hanyalah seorang Presiden yang lemah dengan banyak lagi tugas-tugas penting belum diselesaikan beliau sejak pelantikan rasmi bulan lepas. Jika dilihat George W.Bush dahulu, beliau telah mengumumkan polisi percukaian dengan beberapa perubahan dan begitu juga dengan Obama.

Presiden Trump dilihat agak perlahan dan belum lagi menandatangani polisi penting setakat ini. Beliau belum lagi menguatkuasakan tiga isu utama dalam kempennya sebelum ini iaitu kesihatan,perubahan fiskal dan polisi percukaian.

Semasa kempen pilihanraya tahun lalu, beliau berjanji akan bertindak dengan pantas sebaik sahaja mendapat kuasa dan ini semua bukan hanya disebabkan beliau sahaja. Tetapi beliau juga dilihat perlahan dalam menamakan menteri-menteri di bawahnya.

Trump dilihat belum lagi menunjukkan fungsinya sehinggalah ketika ini, dan Republikan dilihat banyak berdebat tentang isu percukaian yang mahu dibawa oleh Trump.

Dalam sidang media sebelum ini sekali lagi beliau menunjukkan kelemahannya dalam sidang media. Wartawan yang menanyakan soalan ada kalanya menanyakan soalan yang ‘panas’, dan seharusnya ia dijawab dengan berhemah, tetapi tidak dengan Trump. Trump lebih selesa menyerang wartawan-wartawan ini dengan jawapan yang agak ‘personal‘ kepada mereka.

Tetapi mungkin kita perlu membiasakan diri dengan perkara ini dan percaya bahawa beliau bukanlah seorang Presiden seperti sebelum ini kerana beliau mungkin akan menunjukkan kelemahannya lagi di masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat