Mungkinkah Akan Wujud Perang Perdagangan di antara Dua Ekonomi Gergasi Dunia Ini?

41

China bersedia untuk membalas “serangan” yang dilemparkan oleh Amerika Syarikat jika Donald Trump mencetuskan perang perdagangan terhadap China sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran secara rasmi 20 Januari ini.

China juga bertegas untuk meletakkan semua syarikat AS di dalam pemerhatian sekiranya Trump mengenakan kawalan ketat terhadap barangan dari China. Selain itu, negara tersebut juga tidak teragak-agak untuk mengkaji semula pembelian produk Amerika yang menyumbang kepada lambakan produk di China.

Kesan ketegangan antara kedua-dua negara ini juga dikatakan mampu memberi kesan negatif kepada syarikat China dan AS.

Trump sebelum ini kerap meletakkan China sebagai sasaran apabila berbicara soal perdagangan. Akhbar Global Times juga memetik kenyataan Parti Komunis China yang menjangkakan Trump seolah-olah akan meletakkan “tirai besi” terhadap perdagangan di China.

Menurut pengkaji pasaran kewangan di Robobank Group di Hong Kong iaitu Michael Every, sebarang tindak balas China terhadap tuduhan Trump boleh mengundang risiko. China juga mungkin boleh merosakkan hubungan baik dan akses kepada pasaran terbesar itu.

Menurut beliau lagi, Amerika Syarikat mempunyai kelebihan berbanding China apabila defisit perdagangan AS dengan China mengecil kepada $31.1 Billion daripada $32.5 Billion pada Oktober sekali gus menjadikan eksport AS sebagai yang paling kukuh sejak Disember 2013.

Kerajaan Pusat China dikatakan telah menyediakan tindakan yang mungkin diambil setelah mengumpul maklumat daripada pelbagai jabatan, sekiranya AS mula bertindak.

Wakil daripada kedua-dua negara juga enggan bertindak balas dan memberi sebarang komen ketika diajukan soalan mengenai isu ini.

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat