Mungkinkah EUR/USD Bakal Jatuh Lebih Rendah Menjelang NFP?

526

Debaran makin membara setelah hari yang dinantikan sudah tiba untuk melihat penerbitan laporan data NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan November pada sesi New York malam ini (Jumaat).

Pasaran menyasarkan berkebarangkalian matawang USD mungkin akan mengukuh susulan kenyataan hawkish oleh Federal Reserve (Fed) mengenai rencana dalam melaksanakan pengetatan dasar polisi.

Bertitik tolak juga bahawa penerbitan yang memuaskan pada laporan data ADP NFP untuk pekerjaan sektor swasta berkemungkinan bakal serba sedikit menjadi faktor bagi menjangkakan data NFP untuk kukuh.

Tampaknya harga pada carta pasangan matawang EUR/USD seperti ingin memberi isyarat awal untuk membuat pergerakan yang lebih jelas selepas harga menunjuk aksi junaman di sesi New York Khamis.

Junaman tersebut juga sama sekali dilihat telah pun mengatasi paras rintangan 1.13000 dan sekali gus sudah didagangkan di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) untuk bayangan downtrend.

Walau bagaimanapun, pergerakan harga kelihatan hanya bergerak perlahan di awal sesi Asia hari ini (Jumaat) bagi menantikan pembukaan sesi Eropah dan New York sebentar lagi untuk kembali rancak.

Yakni menjadi tumpuan pelabur adalah pada zon sokongan 1.12000 jikalau harga pada carta EUR/USD terus menerima tekanan daripada pengukuhan USD sebelum dijangka berupaya uji paras lebih rendah.

Paras terendah 2021 sekitar 1.11900 juga tidak ketinggalan untuk dicecah sekiranya harga kekal susut dan manakala penurunan lebih parah bakal menyaksikan rekod terendah terbaharu akan tercipta lagi.

Namun sebaliknya jika bacaan yang kurang memberangsangkan ketika terbitan data NFP AS pada sesi New York malam ini, jangkaan penganalisis berkemungkinan harga akan menguji semula zon 1.14000.

Lebih-lebih lagi zon berkenaan turut pernah menjadi zon rintangan sejak Jun 2019 sebelum ia berjaya ‘diceroboh’ Julai 2020 sehingga pergerakan harga mampu mencipta paras tertinggi sepanjang 3 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat