Musim Berombak Bermula! Apa Jangkaan Untuk Pasaran Tempatan?

139

Berdasarkan prestasi cemerlang Wall Street, pasaran tempatan bermula ‘elok’ di sebalik berita ketidaktentuan mengenai pilihan raya umum.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 6.65 mata pada 1,392.92 sebelum naik 9.30 mata pada 1,395.57 berbanding penutupan Isnin 1,386.92.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 219 atasi kerugian pada 61, manakala 178 kaunter pula tidak berubah, 1,892 tidak didagangkan dan 7 digantung.

Jumlah perolehan pada 107.87 juta unit bernilai RM47.63 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, bursa tempatan mencerminkan aliran positif Wall Street apabila sektor perbankan melaporkan pendapatan cemerlang di Amerika Syarikat (AS).

Rentetan itu, KLCI dijangka berlegar pada dalam julat 1,380-1,400 dengan aktiviti pembelian mungkin muncul pada saham perbankan dan teknologi termasuk pembinaan menjelang pilihan raya umum.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank Bhd tambah 3 sen pada RM4.23, CIMB Group Holdings Bhd raih 5 sen pada RM5.35, IHH Healthcare Bhd lonjak 12 sen pada RM5.98, Petronas Chemicals Group Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kekal pada RM8.50 and RM8.19 sementara Maybank dan Hong Leong Bank Bhd susut 2 sen pada RM8.50 dan RM20.58.

Saham aktif memperlihatkan Jade Marvel Group Bhd capai 1 sen pada 26 sen, HLT Global Bhd lonjak 0.5 sen pada 27 sen, Hiap Huat Holdings Bhd kekal pada 16 sen, Careplus Group Bhd dan Top Glove Corp turun 0.5 sen pada 41 sen dan 73.5 sen sementara Supermax Corp Bhd jatuh 2 sen pada 88.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas naik 61.52 mata pada 9,925.58, FBM 70 tambah 67.97 mata pada 11,900.51, FBMT 100 canak 62.32 mata pada 9,676.15, FBM Emas Shariah raih 73.94 mata pada 9,927.08 dan FBM ACE kumpul 29.22 mata pada 4,710.99.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan naik 55.94 mata pada 15,971.84, indeks Produk serta Perkhidmatan tambah 0.37 mata pada 169.92, indeks Perladangan lonjak 45.65 mata pada 6,451.11 dan indeks Tenaga capai 3.60 mata pada 668.64.

Sementara itu, ringgit melantun dari kejatuhan 7 sesi berturut-turut ekoran minat pembelian yang diperbaharui.

Semasa pembukaan, mata wang tempatan diniagakan naik 4.7135/7180 berbanding greenback daripada penutupan semalam pada 4.7150/7185.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat