Musim Ketidaktentuan Bermula! Pelabur Perlu Baca & Bersiap Sedia

122

Pasaran aset berisiko ekuiti memperlihatkan lonjakan dengan laporan bersuku korporat dari syarikat-syarikat kewangan yang positif merangsang pemulihan sentimen.

Laporan korporat bersuku Bank of America (BoA) menyaksikan ia naik 6.1% selepas keuntungan sesahamnya melepasi unjuran $0.78 kepada $0.81 sementara pendapatan pada $245 bilion berbanding ramalan $23.56 bilion.

Situasi sama turut dialami oleh Bank of New York Mellon dengan lonjakan 5.1% apabila keuntungan sesahamnya mencatat $1.21 berbanding jangkaan $1.1 dan pendapatan meningkat dari ramalan $4.2 bilion kepada $4.28 bilion.

Ulas penganalisis Siddharth Singhai dari firma pelaburan Ironhold Capital, sektor perbankan dilihat meraih manfaat daripada persekitaran kadar faedah yang tinggi dalam hasil pinjaman baharu dan pertumbuhan jumlah pendeposit.

Tambahnya, kadar yang tinggi meningkatkan pendapatan faedah bagi peminjam pada suku ke-3 namun ketidaktentuan pasaran menyukarkan urus niaga dan bank bertindak mengetepikan dana dalam menghadapi kelembapan ekonomi.

Turut memberikan pandangan adalah Emily Roland, ketua strategi pelabur John Hancock Investment Management, dengan mengatakan pasaran sensitif kini mudah terangsang dengan sebarang berita baik.

Jelasnya, pendapatan kewangan yang baik diapit margin faedah bersih kukuh dan kadar tinggi memberi dorongan kepada pendapatan Q3 bank yang seterusnya memulihkan sedikit sentimen.

Rentetan itu, indeks Dow Jones Industrial naik 1.86% pada 30,185.82 sementara S&P 500 lonjak 2.65% pada 3,677.95 dan Nasdaq Composite tambah 3.43% pada 10,675.80.

Di Asia pula Nikkei 225 Jepun naik 1.13%, Topix tambah 1.23%, Kospi Korea Selatan canak 1.13%, Kosdaq lonjak 2.16% dan S&P/ASX 200 capai 1.27% sementara tolok meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun capai 0.46%.

Ringkasan hasil Perbendaharaan menyaksikan nota 2 tahun turun 5 mata asas pada 4.45% sementara nota 10 tahun kekal pada 4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat