Musim Sejuk Mengerikan Buat Eropah Jika Harga Gas Terus Menggila

213

Menteri tenaga Belgium memberi amaran bahawa negara-negara Kesatuan Eropah akan berdepan musim sejuk yang ‘mengerikan’ jika harga gas terus dibiarkan melambung tinggi.

Desakan untuk menghadkan harga tenaga dan elektrik di seluruh EU semakin meningkat ketika blok itu bergelut dengan bekalan gas yang berkurangan setelah Rusia menghadkan eksportnya.

Dalam satu hantaran tweet yang dibuat pada Ahad, Tinne Van der Straeten berkata harga gas di Eropah perlu dibekukan segera.

Tambah beliau lagi, lima hingga 10 musim sejuk akan datang bakal menjadi situasi yang mengerikan jikamereka terus berdiam diri. Oleh itu, ia perlu bertindak ke atas setiap peringkat dari sumber hingga seluruh Eropah.

Harga elektrik juga telah melambung tinggi di Eropah di mana ia telah mencapai rekod tertinggi pada minggu ini. Gas merupakan sumber utama kepada penjanaan elektrik.

Secara berasingan, Canselor Austria, Karl Nehammer juga mendesak supaya ‘kegilaan’ yang berlaku dalam pasaran tenaga dihentikan dengan menyeru EU untuk mengurangkan harga elektrik dan gas.

Pengimport terbesar gas Rusia, Jerman berusaha untuk mengisi kapasiti gasnya kepada 85% menjelang Oktober bagi menghadapi musim sejuk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat